Skip navigation

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd kini menempa sejarah baru menerusi pelancaran Proton Preve yang dapat memenuhi citarasa pelanggan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pelancaran model kereta global baharu itu mencerminkan transformasi Proton untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi setelah lebih 27 tahun meneraju industri automotif negara menerusi model kereta nasional.

“Ia juga merupakan perkembangan yang signifikan. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh kakitangan Proton, sokongan kerajaan dan pimpinan Tun Mahathir sebagai penasihat, serta pengurusan yang digabung jalin antara DRB-Hicom dan Proton, Proton akan menempa masa depan yang lebih hebat,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan model kereta nasional terbaharu di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa Malaysia di sini. Turut hadir ialah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.

Proton kini dikuasai secara majoriti oleh DRB-HICOM selepas DRB-HICOM memperoleh kepentingan 42.74 peratus daripada cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.

Najib berkata Proton berjaya melakukan transformasi menerusi kualiti kejuruteraan dan prestasi bertaraf global serta pelbagai nilai tambah lain, termasuk kemudahan Internet 4G, sehingga meletakkan Preve sebagai “bertaraf lebih tinggi berbanding kebanyakan kereta lain.”  more

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: