Skip navigation


Media melaporkan, rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut Datuk T, salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, “bagi menentukan sama ada individu itu adalah …(nama dirahsiakan)”.

“Jika ia benar…. (pasangan itu) mesti berundur dari politik,” katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai ‘The Insider’ yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu.

“Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman, saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar forensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu.

“Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk menentukannya.”

Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, Datuk T berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.

Datuk T mendakwa hotel itu menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.

“Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wayar di belakang meja solek.

“Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.

“Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman (ahli politik itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan,” kata Datuk T. – 21/3/2011

Dipetik dari  http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d7ff515c-7f000010-12507f40-42290f6d

Personal Opinion aku…… kalu xsuka boleh blah….. jangan dok menyibuk kat blog aku nie….

Berpandukan kenyataan BOLD diatas, walaupun seseorang yang tidak mempunyai apajua pelajaran atau senang citer orang cakap “tak sekolah” pun tahu bahawa apa yang berlaku disini adalah suatu jenayah “PERAS UGUT”. Apalagi nak disiasat lagi oleh pihak polis? Bawanya kemuka keadilan diatas dasar “JENAYAH MEMERAS UGUT”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: