Skip navigation


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
Dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
Antara timur Dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri Dan  berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang  lebih baik
Daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..  “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana  syukur
Kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000  tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman  yang
Bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
Yang bersungguh-sungguh, Dan tidak Ada seorang pun yang menyembah
Kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
Datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah Dan sentiasa berdosa,
Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
Sahaja, Dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran
Mereka melayang bermacam-macam Dan dosa mereka pun besar juga. Maka
Demi kemuliaannKu Dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
Lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
PerintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas  perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang  Engkau
Hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu  Allah berfirman yang bermakSud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan
Syurga Ma’waa  sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah  untuk melihat syurga
Ma’waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari  Allah SWT maka pergilah Jibrail
As dengan mengembangkan sayapnya Dan  terbang, setiap dia
Mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak  perjalanan 3000
Tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300  tahun sehingga IA
Merasa letih Dan lemah Dan akhirnya dia turun singgah berteduh di
Bawah bayangan sebuah pohon Dan dia sujud kepada Allah SWT  lalu IA
Berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku  menempuh jarak perjalanan setengahnya,
Atau sepertiganya, atau  seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai  Jibrail, kalau
Kamu dapat terbang selama 3000 tahun Dan meskipun aku  memberikan
Kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu  kamu
Terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
Sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
Kuberikan  kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang
Mereka  kerjakan…..”

Marilah sama2 Kita fikirkan Dan berusaha  lakukan… Sesungguhnya
Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara  iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam  taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam  maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di
Dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam  bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di  dalam
Solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh  terjadinya) Hari kiamat
Di dalam semua Hari.

Semoga Kita  mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

P/s: Kalau rajin… Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain  agar menjadi renungan Dan pelajaran kepada Kita
Semua…
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
Yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal  dunia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: