Skip navigation

Najib bentang Bajet selamat menjelang pilihan raya

Bajet 2011 yang dibentangkan hari ini tidak mengambil kira pembaharuan struktural yang dituntut oleh pelabur tetapi sebaliknya bergantung kepada perbelanjaan infrastruktur dan peningkatan pendapatan bagi memacu ekonomi negara dalam menghadapi pilihan raya umum yang dijangkakan tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet yang mensasarkan peningkatan 2.8 peratus dalam perbelanjaan dan pada masa yang sama mengharapkan defisit negara dapat dikurangkan bagi mencapai 5.4 peratus keluaran dalam negara kasar tahun depan berbanding 5.6 peratus tahun ini.

Menurut perangcangan, Malaysia yang merupakan ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara menjangkakan pertumbuhan 5-6 peratus pada 2011 selepas pengembangan 7 peratus tahun ini berbanding pengecutan 1.7 peratus pada 2009.

“Trend berkenaan adalah perdagangan antarabangsa yang semakin mencabar dengan saingan semakin hebat untuk menarik prelabur asing,” kata Najib.

“Untuk menghadapi cabaran ini, sektor swasta mesti dinamik, kreatif dan inovatif untuk memacu pertumbuhan ekonomi.”

Malaysia memerlukan suntikan pelaburan asing langsung yang sebelum ini susut 81 peratus iaitu RM4.43 bilion pada 2009 berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada 2008.

Jiran-jiran Malaysia, termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia telah mengatasi negara ini dari segi pengaliran modal asing.

Namun menurut penganalis bajet yang dibentangkan itu cuba memuaskan kehendak pengundi daripada pelabur.

Meskipun rakyat akan dibebankan dengan kenaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus berbanding 5 peratus, tetapi mereka dipujuk dengan pembekuan lima tahun kadar tol, pengecualian cukai telefon bimbit dan juga diskaun duti setem untuk pembelian rumah kali pertama.

Namun rancangan perbelanjaan RM212 bilion itu dikatakan mengecewakan pelabur kerana kekurangan pembaharuan dalam subsidi negara dan dasar negara yang berasaskan perkauman, kata beberapa penganalis.

“Sebahagian besar pelabur asing tidak akan berpuas hati dengan bajet itu jika mereka tidak diberi apa-apa dalam bentuk wang yang sebenar,” kata James Chin, seorang professor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.

Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bajet itu tidak mencapai objektif isu utama iaitu menangani defisit yang sedang dihadapi.

Katanya, ia menumpukan kepada projek mega yang hanya akan menguntungkan kroni Umno-BN.

“Najib langsung tidak menyentuh isu penyelewengan dan rasuah dalam pembentangan belanjawannya.

“Terlalu banyak tumpuan kepada diberikan kepada imbuhan tapi rakyat tidak akan dapat menikmatinya.

“Mereka hanya sebut projek mega tapi hakikatnnya bilion ringgit akan dapat kepada kroni dan rakyat hanya dapat ratusan ringgit,” sindirnya.

Anwar berkata belanjawan yang dibentangkan ternyata menjurus ke arah menambat hati rakyat sekaligus menampakkan dengan jelas bahawa pilihan raya yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Antara projek mega yang disebut oleh Najib dalam pembentangan bajet 2011, ialah projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion dan juga projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion

http://malaysiakini.com/news/145489

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: