Skip navigation

Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isteri, Cik Puan Temenggong ,Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin di kampung Kota , Kota Bharu pada April tahun lalu.

 MODEL cantik Indonesia Manohara Odelia Pinot mengaku senang hati apabila mendengar berita penangkapan suaminya, Tengku Fakhry pada Selasa lalu. Meski penangkapan itu tidak berkaitan dengan kes penganiayaan terhadap dirinya, wanita yang mesra disapa Mano itu gembira kerana akhirnya Fakhry dihadapkan kepada polis.

Fakhry ditahan polis kerana terlibat dalam cubaan membunuh. Lantas Mano menggelarkan suaminya sebagai penjahat.

“Mano kata dia (Fakhry) penjahat. Dia mengaku sangat gembira kerana akhirnya suaminya berjaya ditangkap,” kata Farhat Abbas ketika berbincang dengan detikhot semalam.

Tambah Farhat, penangkapan Fakhry membuktikan Tengku Temenggong Kelantanitu memang salah dan harus diadili. Dia juga menyentuh tentang pemerintah Indonesia yang ragu-ragu meneruskan kes Manohara.

“Pekara ini sekaligus membuktikan baginda yang selama ini dikatakan baik, ternyata adalah penjahat. Ini juga sebagai petunjuk kepada kes sebelum ini,” jelas Farhat.

Mano juga berharap pihak polis tempatan akan menyiasat Fakhry atas kes penganiayaan terhadap dirinya.

Tengku Fakhry ditangkap oleh sekelompok orang bertopeng dan polis pada Selasa lalu. Penangkapan itu didakwa kerana Fakhry terlibat dalam komplot pembunuhan abangnya, Tengku Muhammad Faris Petra.

Namun suami Manohara itu tidak dipenjarakan dan telah dibebaskan pada malam itu. Namun polis telah menyita senjata api yang dibawa Pangeran Kerajaan Kelantan, Malaysia itu.

Sementara itu, perbicaraan kes cerai Fakhry dan Mano belum selesai sehingga ke saat ini kerana Fakhry enggan menceraikan Mano.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: