Skip navigation

KOTA BARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bertitah bahawa ayahandanya, Sultan Ismail Petra telah diletakkan di bawah pengawasan polis yang sangat ketat kerana bimbang akan tahap keselamatan baginda berikutan kejadian pengawal istana ditembak di Tumpat, Sabtu lepas.

Tambah Tengku Faris, Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim Hanafi telah diminta supaya menyediakan kawalan keselamatan 24 jam kepada ayahanda Baginda yang sedang menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak kelmarin.

Jumaat lalu, Ramli Mohd seorang pengawal istana parah apabila ditembak oleh empat individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian dekat Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat, pada jam 12.25 pagi, selepas selesai bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Mangsa adalah pesara tentera yang berkhidmat secara kontrak sebagai pengawal keselamatan di Istana Mahkota dan Istana Negeri sejak 17 tahun lalu telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab III dan masih berada dalam keadaan koma selepas doktor yang merawatnya gagal mengeluarkan peluru yang tertanam di dadanya.

Tengku Muhammad Faris telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan segera menyiasat punca berlakunya insiden tersebut.

Tengku Muhammad Faris yang juga Tengku Mahkota Kelantan menambah, sejak kelmarin ayahanda dan bondanya, Tengku Anis Tengku Hamid telah dibawa ke Wad Diraja HUSM dengan iringan ketat polis supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.

Kenyataan Pemangku Raja Kelantan itu dibacakan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad di Istana Balai Besar di sini semalam.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin dan laporan dalam blog-blog, sebaliknya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan atau pihak yang bertanggungjawab.

“Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan,” katanya.

Mohd Halim berkata, Tengku Muhammad Faris amat prihatin dan menyayangi ayahanda baginda dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan tiub untuk makan.

“Kita perlu faham apa yang berlaku adalah urusan keluarga Diraja Kelantan dan segala-galanya adalah takdir Allah dan kita terima seadanya,” katanya.

Petang kelmarin, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Bagaimanapun penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering, dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lepas setelah hampir setahun berada di hospital itu.

Abdul Halim berkata Sultan Kelantan telah dibawa ke HUSM semalam dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja dan kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.

“Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan,” katanya.

Menurut pegawai-pegawai Istana, Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang esok dengan pesawat kerajaan untuk menerima rawatan susulan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: