Skip navigation

PETALING JAYA: Misteri di sebalik pergeseran keluarga diraja Kelantan kembali muncul hari ini apabila Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Tuanku Ismail Petra mendakwa ada pihak cuba menghalang ayahandanya, Sultan Kelantan daripada berlepas menerima rawatan susulan di Singapura pagi semalam.

Tengku Fakhry yang menemui para wartawan di Kota Baru petang semalam berkata, pesawat yang disewa khas untuk membawa Sultan Kelantan ke Singapura telah tidak diberikan kebenaran untuk mendarat oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dekat Pengkalan Chepa.

Beliau mendakwa, larangan tersebut dikeluarkan walaupun pesawat tersebut dan juga pemergian Sultan Kelantan ke Singapura akan dibiayai secara peribadi oleh keluarga diraja itu bukannya atas peruntukkan kerajaan negeri.

Menurut Tengku Fakhry lagi, Sultan sepatutnya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth Singapura, iaitu hospital yang merawat baginda ayahandanya selama lebih sembilan bulan bermula Mei 2009 sebelum kembali ke tanah air Mac lalu.

Mstar difahamkan, beberapa wartawan di Kota Baru telah menunggu di lapangan terbang seawal 10 pagi lagi selepas mendapat maklumat mengenai keberangkatan Sultan ke Singapura tetapi selepas menunggu selama beberapa jam mereka dimaklumkan penerbangan tersebut telah dibatalkan.

Untuk rekod, Tengku Fakry dan kekanda sulungnya, Tengku Muhammad Faris kini berada dalam situasi berkrisis ekoran penyingkiran Tengku Fakry sebagai anggota Majlis Perajaan Negeri.

Majlis Perajaan Negeri bertanggungjawab menentukan bakal penganti Sultan atau melantik pemangku Sultan sekiranya Sultan berada dalam situasi uzur untuk memerintah negeri.

Dan sejak Tengku Faris memangku jawatan Sultan terdapat beberapa percubaan untuk menguggurkan baginda daripada jawatan itu.

// <![CDATA[http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/5/mstar_berita/20100504201155&sec=mstar_berita]]>

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: