Skip navigation

Senator cadang ‘kasi’ bapa bayi yang dibuang

Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman ‘kasi’.

Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk ‘mengajar’ golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.

“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita ‘kasi’ bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.

Sebaliknya kata beliau, gejala buang bayi boleh dielakkan jika anggota keluarga lebih bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.

Ini kerana katanya, gejala buang bayi dilihat berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan apabila tanggungjawab mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak diserahkan kepada pihak lain.

“Kita lihat sekarang tugas dan tanggungjawab oleh anggota keluarga semakin terhakis.

“Ibu, bapa, nenek, atuk semuanya kelihatan sibuk dan dah jadi masyarakat yang individualistik. Kita lahirkan anak lepas tu kita francaiskan pada masyarakat untuk mendidik dan beri kasih sayang,” katanya.

Terdahulu menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu, Shahrizat berkata antara langkah yang dilaksanakan bagi mengekang gejala itu ialah menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mereka yang terdedah terhadap bahaya moral.

“Selain itu kita juga mewujudkan Pusat Remaja kafe@TEEN bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja,” katanya.

– Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/130515

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: