Skip navigation

Bukankah Umno berdosa kerana sentiasa menipu

http://aksidakwah.blogspot.com

Mutakhir ini, Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR Parlimen Hulu Selangor diserang bertubi-tubi dengan isu ‘minum arak’. Namun Dato’ Zaid menunjukkan kehebatan peribadinya dengan mengakui akan gaya hidupnya di masa lampau.

Bahkan Dato’ Zaid menyatakan bahawa beliau telah bertaubat kepada Allah swt dan memohon maaf pada rakyat. Ini adalah satu kelebihan yang dipamirkan oleh Dato’ Zaid. Maka saya tidak hairan sekiranya Tok Guru Haji Hadi mempertahankan Dato’ Zaid sebagai calon PRK Hulu Selangor dan saya tak pelik kalau Tok Guru Nik Aziz menyetujuinya.

Kerana Islam yang ada dalam dada Tok-tok guru mengakui bahawa orang yang dah bertaubat dianggap bersih dirinya dari sebarang dosa yang pernah dilakukannya. Yang menjadi peliknya ialah pemimpin UMNO kerana mereka tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka. Mereka adalah golongan yang jahil tetapi mereka tidak tahu mereka itu jahil. Itulah pemikiran pemimpin UMNO dan ulama’-ulama’ UMNO.

Malah, Dato’ Zaid juga telah membuktikan kejujurannya membenci kezaliman dan kejahatan yang ada dalam UMNO dengan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan akta ISA yang zalim dan bermacam-macam penyelewengan Kerajaan UMNO/BN. Inilah antara kehebatan Dato’ Zaid.

Kalau diikutkan logik, tidak ada apa yang hendak dicari oleh Dato’ Zaid di dunia ini lagi. Bukankah Dato’ Zaid mempunyai firma guaman terbesar yang mempunyai jumlah peguamnya melebihi 100 orang. Kita boleh bayangkan kalau seorang peguam dibayar gajinya purata RM3000.00 seorang maka Zaid & Co kena membelanjakan wang sejumlah RM300,000.00 sebulan tidak termasuk gaji kaki tangan lain. Saya tidak kata Dato’ Zaid kaya tetapi saya yakin Dato’ Zaid boleh hidup senang atau sedang hidup senang dengan profesionnya itu.

Jadi untuk apa Dato’ Zaid berada dalam rumah yang panas sedangkan beliau mempunyai rumah yang sejuk ber’air-cond’. Apa ada pada PKR dan Pakatan Rakyat jika di bandingkan dengan apa yang ada pada UMNO dan BN yang mana Dato’ Zaid telah berada dalam zon selesanya sebagai menteri? Tapi beliau berhenti bukan diberhentikan.

Ya, jawapannya ialah kerana Dato’ Zaid ingin bersama rakyat yang sentiasa ditipu dan dizalimi oleh UMNO/BN. Artinya keseluruhan hidup bersama dengan UMNO adalah berdosa setelah kita mengetahui akan kejahatan dan kemungkarannya dalam pemerintahan.

Justeru itu, berada dalam UMNO adalah berdosa sebagaimana yang seing diratib oleh Mursyidul ‘Am PAS. Berlawan dengan UMNO, dapat pahala, kata Tok Guru Nik Aziz. Sebelum lawan UMNO, mereka yang berada dalam UMNO perlu keluar UMNO dulu. Keluar UMNO pun dapat pahala kerana keluar dari kelompok yang penuh dengan kejahatan dan kemungkaran. Bila keluar, baru boleh lawan. Bila lawan UMNO, dapat pahala kali kedua. Itulah mafhum atau yang dapat difahami dari ratib Tok Guru Nik Aziz.

Jadi … selama ini Dato’ Zaid berada dalam berdosa kerana berendam hanyut bersama kemungkran dan kejahatan UMNO. Apa jahat dan mungkarnya UMNO pada rakyat dan negara? Ya.. UMNO memang banyak melakukan kemungkaran. Bukankah UMNO lah yang telah membunuh segelintir rakyat di Memali termasuk pendakwah terbaik yang diiktiraf sendiri oleh Pusat Islam iaitu Ustaz Ibrahim Libya? Apakah dosa Ust Ibrahim Libya bersama pengikutnya sehingga mereka dibunuh bagaikan penjenayah??

Bukankah UMNO berdosa kerana sentiasa menipu dengan janji-janjinya yang cukup manis untuk peneroka Felda Sungai Buaya dan lain-lain Felda sehingga ada di antara peneroka yang tidak dapat hak milik tanah bahkan mereka dibelenggu hutang silih berganti sampaikan Presiden ANAK telah mendedahkan penipuan UMNO ini dalam bukunya bertajuk ‘FELDA : DULU TOLONG SEKARANG AH LONG’ dan elok juga kalau tulis satu lagi buku bertajuk ‘ HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, PENEROKA MATI MENINGGALKAN HUTANG’.

Hanya peneroka dan mereka yang sering mendampingi peneroka sahaja yang merasai penderitaan dan siksanya jiwa sebagai peneroka. Hutang dah habis bayar, tiba-tiba masih lagi didapati berhutang. Janji nak bagi geran tanah, tiba-tiba tak jadi. Kena undi dulu BN baru boleh bagi.

Bukankah UMNO/BN telah berdosa kerana melantik syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi / Israil yang telah nyata dan jelas membunuh manusia di Palestin, sehingga tercungap-cungap mereka untuk berbahas ketika berhadapan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan sehingga pihak KPN terpaksa menamatkan perkhidmatan egen APCO di pejabat polis? Mereka minta Dato’ Seri Anwar kemukakan bukti lalu dikemukakan bukti.Sekarang mereka cukup rimas dengan isu APCO / Yahudi ini.

Bukankah telah banyak wang rakyat telah dihabiskan untuk pemimpin-pemimpin UMNO/BN menerusi projek-projek yang kalau kosnya RM500 juta lalu diangkat harganya menjadi RM1 bilion. Kononnya nak buat projek untuk rakyat lalu dibinanya sekolah yang harga RM10 juta tapi diangkat harganya menjadi RM20 juta.

Kononnya untuk kemudahan rakyat lalu dibinanya lebuhraya 4 lorong yang harga kosnya untuk 1 km ialah sebanyak RM1 juta termasuk keuntungan untuk kontraktor lalu diangkat harganya menjadi RM3.5 juta setiap 1 km? Kenapa harga-harga projek yang kononnya untuk rakyat diangkat sehingga dua tiga kali ganda?Jawabnya kerana untuk di ‘faraid’kan komisyennya kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Bukankah dosa rasuah sudah membarah, melekat dan menjadi darah daging UMNO/BN? Ibarah daging kalau cuba dipisahkan dari badan akan terasa sakit. Begitulah juga pemimpin UMNO/BN terasa bagaikan tercabut nyawanya kalau tidak buat kerja ‘rasuah’.

Sebab itu kita lihat, walaupun UMNO/BN tewas teruk pada PRU12 2008 sebelum ini ytang antara sebab utamanya kerana rakyat menyampah pada perangai pemimpin UMNO/BN yang hidup mewah dengan rasuah namun aktiviti rasuah mereka terus menjadi-jadi sehingga Tengku Ahmad Rithaudin (Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO) menyatakan ada lebih 900 aduan mengenai rasuah dalam UMNO. Sepatutnya UMNO bertaubat dengan kerja rasuahnya itu demi mengembalikan keyakinan rakyat pada PRU 13 tetapi UMNO tak mungkin bertaubat dari dosa rasuah?

Bukankah UMNO juga yang merampas wang rayalti minyak Terengganu hanya semata-mata kerana Terengganu diperintah oleh PAS, Sepatutnya UMNO dah bertaubat kerana mereka kata mereka nak bela Melayu. Rakyat Terengganu adalah majoriti Melayu. Tapi … dosa UMNO dalam merembat dan menyeleweng wang rakyat adalah sama dengan dosa mereka dalam bab rasuah.

Ianya bagaikan kuku dengan kulit. Susah nak berpisah. Lalu mereka terus bertindak dengan tindakan yang sama terhadap Kelantan hanya semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh PAS. Sedangkan mereka meratib bahawa mereka adalah pembela Melayu. Bukankah rakyat di Kelantan ramai berbangsa Melayu.

Terlalu banyak dosa UMNO untuk rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Khazanah negara hampir habis samada balak, minyak dan wang rakyat dari lain-lain sumber digunakan dengan penuh licik oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan mereka.

Maka dengan ini Dato’ Zaid harus mengisytiharkan di hadapan rakyat di Hulu Selangor bahawa beliau juga pernah melakukan dosa yang lain iaitu dosanya kerana bersama dengan UMNO yang telah banyak melakukan dosa dan kejahatan seperti yang telah dinyatakan di atas.

Pemimpin UMNO tidak akan mendesak Dato’ Zaid untuk mengisytiharkan dosanya yang berdosa kerana sekian lama hidup dalam UMNO. Dosa orang yang bertaubat akan terampun di sisi Allah swt. Orang yang bertaubat, dirinya bagaikan kain putih. Bagaimana dengan pemimpin UMNO yang lain, yang terus berada dalam kerja-kerja dosa kerana berada dalam UMNO?

Semuga Allah swt menerima taubat Dato’ Zaid sebagaimana Allah swt menerima taubat Saidina Umar ra yang pernah minum arak dan membunuh anaknya sendiri dan juga taubat Hindun yang telah bersama membunuh Pak Saudara Nabi, iaitu Hamzah Ibnu Abdul Muttalib.

Setelah bertaubat, Dato’ Zaid boleh terus duduk di rumah berulang alik ke Masjid, dan dipenuhi dengan zikir, baca al quran dan bertahajud tetapi Dato’ Zaid memilih untuk berada di alam kesusahan bersama rakyat dan perjuangan untuk rakyat sebagaimana yang banyak berlaku kepada para sahabat yang telah bertaubat dan berjanji di hadapan Rasulullah saw “Ya Rasulullah, Aku tidak akan berhenti berperang selagi mana aku tidak membunuh tentera musuh sebanyak mana yang telah aku bunuh tentera Islam sebelum ini’.

Maka mungkin Dato’ Zaid akan berkata di hadapan rakyat Hulu Selangor ‘Wahai saudara-saudara sekelian, selama ini saya berada dalam UMNO yang telah banyak menindas dan menipu rakyat serta menzalimi rakyat. Kini saya telah bertaubat dan demi Allah, dengan ini saya bersumpah akan terus berjuang membela rakyat agar hidup saudara-saudari akan sentiasa mendapat pembelaan dan keadilan sebagai manusia dan rakyat Malaysia’.

Kepada Dato’ Zaid, seringlah beristighfar, banyakkan baca selawat kepada Nabi saw dan teruskan perjuangan, jangan pandang ke belakang. Semuga Allah swt memberi kekutan dan pertolongan kepada Dato’.

Dr Hamzah Jaaffar,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26122:-bukankah-umno-berdosa-kerana-sentiasa-menipu&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: