Skip navigation

Sekurang-kurangnya 10 lagi ADUN dan ahli parlimen PKR Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini, dakwa ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh.

 

Mohd Radzhi yang kini menjadi ADUN Bebas selepas keluar PKR Ogos tahun lalu berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu

memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.

Beliau berkata pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di Kulim hari ini, Mohd Radzhi berkata, beliau sendiri akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini.

Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah dibeli oleh Umno, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti.

Mohd Radzhi juga menggesa pemimpin pembangkang di Kedah supaya menghentikan kempen “Bajet PR Kedah 2010” yang kini sedang rancak diadakan di seluruh negeri, yang cuba mengaburi pemikiran dan mata rakyat dengan kisah-kisah retorik dan angan-angan yang mustahil itu.

Hadir sama di majlis tersebut dan menyampaikan elaun kepada pengerusi dan setiausaha JKKKP itu ialah ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya mengulangi pelawaan beliau kepada ADUN dan ahli parlimen PKR yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota Bebas supaya menganggotai Umno sebagai platform yang lebih berkesan untuk mereka berkhidmat kepada rakyat.

– Bernam
a

http://www.malaysiakini.com/news/126503

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: