Skip navigation

Dua belas ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti.

Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaska

n demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun, tiga lagi ahli parlimen PKR – Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkeflee Nordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) tidak menandatangani kenyataan tersebut.

Mohsin telahpun mengumumkan keluar PKR pagi ini.

Ditanya mengapa ada ahli parlimen yang keluar parti, Kamarul berkata: “Mungkin ada tawar menawar, mungkin ada masalah peribadi yang tidak diluahkan kepada kami.

“Saya percaya kepimpinan tidak diberi maklum tentang sebab yang menyebabkan mereka ambil keputusan itu,” katanya.

Kamarul juga membaca kenyataan yang mendakwa bahawa serangan Umno-BN untuk memecahbelahkan keutuhan PKR, bermula dengan mengumpan beberapa ahli parlimen menjadi wakil bebas.

Menurutnya, nama-nama ahli parlimen tersebut telah disebarkan melalui beberapa blog, dengan merujuk kepada mereka yang tidak berjawatan dalam pimpinan utama PKR.

Sehubungan itu, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka akan meninggalkan PKR, sepertimana yang dispekulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, katanya, hakikat sebenarnya ialah Umno-BN berasa gusar melihat gelombang kedua sokongan rakyat kepada kepimpinan Pakatan, terutama yang berkaitan dengan kes fitnah kedua terhadap Anwar.

Beliau mendakwa, Umno-BN mahu mengalih tumpuan daripada kemerosotan ekonomi negara dan isu-isu nasional yang “semakin parah dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyelesaian.”

http://www.malaysiakini.com/news/125564

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: