Skip navigation

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap bahawa beliau tidak layak untuk mengkritik tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan pentas pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri pernah melakukan perkara sama sebelum ini.

“Saya tak fikir tindakan menggunakan pentas pembangkang perbuatan yang diterima tetapi saya juga pernah bercakap dalam kumpulan kecil mengkritik kerajaan.

“Saya tidak layak untuk mengkritik,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menggunakan pentas pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu layak menerima lima peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Logik Asean di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Khamis lalu, bekas Menteri Kewangan itu dalam satu perhimpunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan berkata bahawa negeri itu layak memperoleh royalti berkenaan. Sedangkan kenyataannya itu bercanggah dengan pendirian Kerajaan Pusat yang mahu menyumbangkan wang ihsan.

Ekoran itu, Pergerakan Pemuda Umno melahirkan rasa kesal dengan tindak-tanduk Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang berkongsi pentas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa perhimpunan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baru.

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr. Mahathir mengkritik keras kerana tidak bersetuju dengan beberapa tindakan penggantinya itu menguruskan negara.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berpendapat, Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu kerana mengutamakan negerinya berbanding Kerajaan Pusat.

“Saya fikir sebagai anak jati Kelantan, beliau mahu melihat negerinya itu mendapat wang. Itu saya rasa. Saya belum bercakap dengannya,” ujar beliau.

Ditanya sama ada tindakan itu akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap Umno berikutan kejadian itu, Dr. Mahathir berkata: “Mungkin, mungkin.

“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir.”

One Comment

    • zapri b. mat zain
    • Posted February 26, 2010 at 3:32 pm
    • Permalink
    • Reply

    Cadang Dato’Hj Ibrahim Ali bertanding lagi di Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas tapi menggunakan lambang DACING


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: