Skip navigation

TMB: Kami tidak berpihak dalam masalah istana

Peringatan menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung ketaatan kepada Pemangku Raja tidak bermaksud kerajaan negeri menyebelahi mana-mana pihak antara dua putera Sultan yang dilaporkan sedang bermasalah.

“Kenyataan itu dibuat secara umum. Apabila pemangku dipilih secara perlembagaan, kita mesti berikan ketaatan,” kata timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yakob.

Beliau menjelaskan sama ada kenyataan Nik Aziz semalam bermaksud kerajaan pimpinan PAS itu menyokong tindakan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra yang menggugurkan adindanya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry daripada Majlis Perajaan Negeri (MPN) baru-baru ini. Tindakan tersebut kini dicabar di mahkamah.

Dalam sidang media semalam, Nik Aziz dilaporkan berkata, kerajaan negeri yakin Tengku Muhammad Faris telah bertindak sehabis baik untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya.

Ketika dihubungi, Ahmad menyebut ringkas, tujuan kenyataan menteri besar tersebut dibuat “berhubung keadaan akhir-akhir ini”.

Beliau juga menafikan kerajaan negeri tersepit akibat perselisihan terbuka dua putera Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang sedang gering dan mendapatkan rawatan di Singapura.

“Tidak ada tersepit apa,” kata Ahmad kepada Malaysiakini petang semalam.

Ditanya sama ada berlakunya pergeseran antara kerajaan negeri dan Tengku Muhammad Fakhry, antaranya apabila beliau mempertikaikan kenyataan Nik Aziz sebelum ini berhubung rawatan untuk bapanya, Ahmad menjawab:

“Itu di luar daripada (bidang kuasa) kita. Itu beliau punya pasal. Kita tidak tahu perkara itu.”

Kemelut dalam istana Kelantan mula muncul apabila Tengku Temenggong mempertikaikan di mahkamah kenyataan media istana berhubung krisis rumahtangganya dengan Manohara Odelia Pinot, yang kini melarikan diri di Jakarta.

Ia semakin ketara apabila Tengku Muhammad Faris, yang memangku tugas Sultan Kelantan, membuat beberapa rombakan dalam MPN, termasuk menggugurkan Tengku Temenggong daripada setiausaha MPN, September lalu.

Selepas itu, Tengku Muhammad Fakhry juga mendakwa mendapat perkenan ayahandanya untuk bertindak bagi pihak baginda sultan.

Perkara itu bagaimanapun disangkal Pejabat Sultan Kelantan yang menjelaskan hanya Tengku Muhammad Faris Petra berhak sepenuhnya menyampaikan titah sepanjang ketiadaan ayahandanya di negeri itu.

Dalam masa yang sama, pentadbiran Nik Aziz dipertikaikan oleh Tengku Muhammad Fakhry apabila berhasrat membawa pulang sultan Kelantan untuk mendapatkan rawatan di dalam negara.

Menteri besar mengumumkan laporan panel perubatan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri berkaitan tahap kesihatan tuanku sultan.

Tengku Muhammad Fakhry Petra bagaimanapun mendakwa bahawa panel enam anggota itu tidak pernah melawat dan menjalankan pemeriksaan ke atas baginda.

Beliau juga dilaporkan berkata laporan seumpama itu juga tidak sepatutnya didedahkan kepada umum kerana ia hak peribadi baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, satu perhimpunan besar dijadual diadakan di Kota Bharu petang ini melibatkan sekurang-kurangnya 5,000 orang bagi menyatakan kesetiaan rakyat Kelantan kepada Tengku Muhammad Faris Petra.

http://www.malaysiakini.com/news/121902

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: