Skip navigation

Aizat bersama dua trofi kemenangan yang diraihnya menerusi dua buah lagu, Pergi dan Kau Aku – foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Alunan lagu menyentuh perasaan, Pergi nyanyian Aizat telah berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Dengan kemenangan lagu ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar itu, mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Aizat juga berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku dan sekaligus merangkul wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Sementara bagi tempat kedua, lagu Dan Sebenarnya nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna telah berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Dalam pada itu, tempat ketiga pula berjaya dimenangi oleh lagu Bencinta ciptaan Audi Mok serta lirik dan nyanyian oleh Faizal Tahir. Mereka memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Juara Mentor musim ketiga, Black pula dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu nyanyiannya Aku Rindu Sayang Kamu, ciptaan sepenuhnya oleh Yuzai. Black membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu-lagu lain yang bertanding pada AJL24 ini ialah Aurora (ciptaan sepenuhnya oleh Estranged), Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah), Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq), Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad), Situasi (Bunkface/ ciptaan sepenuhnya oleh Sam), Pakai Buang (Stacy/ ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU), Aku Skandal (Hujan/ ciptaan sepenuhnya oleh Noh Hujan), Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam) dan Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta).

Barisan pemenang AJL24…(dari kiri) Yuna, Aizat, Black dan Faizal Tahir

AJL24 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi Zainal Abidin, penyanyi dan komposer Hazami, pelakon Fatimah Abu Bakar dan komposer Fauzi Marzuki selaku ketua juri.

Acara gilang-gemilang yang bertemakan Music Unfolds ini dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL24 turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh Datuk Jeffrydin & Singlap 5, Jay Jay, Search, Meet Uncle Hussain dan Black dalam persembahan interlude serta persembahan pembukaan oleh Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Azlan & The Typewriter.

AJL24 yang disiarkan oleh TV3 dan stesen radio Hot FM ini turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta isteri, Datin Seri Maznah Rais.

Kosmetik L’oreal Paris telah dipilih sebagai penaja rasmi AJL24.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/11/mstar_hiburan/20100111005803&sec=mstar_hiburan

ANUGERAH berprestij Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) semalam telah membuka tirainya dengan acara ‘Red Carpet’ yang menyaksikan selebriti tanah air berdandan dan berhias rapi menggayakan busana mereka.

Penyanyi Zainal Abidin turut bergelar juri profesional AJL24. -Foto The Star oleh AZMAN GHANI

Pelakon Tiz Zaqyah.

Pelakon dan penyanyi Betty Banafe.
Pelakon, pengacara dan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.
Pelakon Puteri Sarah dan Ammar.
Penyanyi Mas Idayu.
Pelakon Intan Ladyana.
Pelakon Fizow Omar.
Penyanyi Amy Search dan isteri.
Penyanyi Nora.
Pelakon dan pengacara Awal Ashaari.
Penyanyi dan pelakon Asmawi Ani dan isteri, Ekin.
Penyanyi dan pelakon Dafi.
Pelakon dan pengacara Juliana Evans.

Dengan bertemakan Music Unfolds, peminat-peminat berpeluang menyaksikan artis-artis dan personaliti kesayangan bergaya penuh keyakinan dengan mengenakan make-up dan dandanan dari L’oreal Paris, selaku penaja rasmi AJL24.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: