Skip navigation

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana ia merupakan kubu kuat BN.

“Saya amat gembira. Daripada awal lagi saya telah menjangkakan kita (BN) boleh menang kerana itu kawasan kita. Isa (Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad) memang kuat di situ dan orang India juga sokong dia.

“Saya percaya dia (Mohd Isa) akan menang bahkan saya juga percaya kalau letak orang lain pun kita akan menang. Sekarang, kita juga kena jaga kawasan lain…Kita boleh menang terutama di kawasan parti lawan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Cempaka di sini, malam ini, Dr Mahathir turut mengingatkan anggota parti supaya tidak ghairah dengan kemenangan itu sehingga terlupa melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Jika Umno terlampau ghairah dengan kemenangan di satu tempat sedangkan kita kalah di banyak tempat…kalau kita lupakan tanggungjawab, saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang, mungkin kita tidak capai kemenangan yang baik atau pun kita tak menang,” katanya.

Ditanya sama ada kemenangan di Bagan Pinang petanda Umno diterima di kawasan berkenaan, beliau berkata sememangnya parti itu mendapat sokongan di situ.

“Kalau kita tidak berhati-hati, kita tidak ambil berat masalah rakyat, kita tidak ada satu program yang memikat hati rakyat…walaupun kita menang di Bagan Pinang, di tempat lain mungkin kita tidak menang. Kita tidak boleh terlalu ghairah,” katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang hari ini, BN mempertahankan kerusi berkenaan menerusi calonnya, Mohd Isa yang mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

Mohd Isa memperoleh 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: