Skip navigation

RM3 Billion: Umno Tak Berani Sahut Cabaran Anwar

Maka bermula lagi..satu putaran tuduhan, taburan fitnah, malah membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.

Kerana ketandusan isu, maka diungkitkan semula kenyataan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid, kononnya Anwar mempunyai dana haram RM3 billion.

Dakwaan itu bukan baru. Ia lahir pada bibit-bibit awal Anwar dipecat oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1998 dan sebahagian daripada perancangan halus untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat, selain daripada tuduhan liwat.

Namun tuduhan yang dibuat oleh Murad Khalid itu begitu cetek, tanpa bukti dan tidak mampu bertahan jika diuji kesahihannya di mahkamah.

Oleh kerana itu Murad cepat-cepat menarik balik kenyataan bersumpah itu dan tuduhan berkenaan terbenam begitu sahaja…sehinggalah ia diungkit semula oleh Khairy Jamaluddin dan konco-konconya. .

Hakikat bahawa ia tiba-tiba timbul menjelang pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad ini bukan satu kebetulan. Ia tidak lebih daripada modal politik murahan Umno untuk menimbulkan kesangsian terhadap kewibawaan Anwar.

Namun rakyat berdepan dakwaan itu dengan persoalan mudah – jika Anwar melakukan sebarang salah laku, pecah amanah, rasuah atau sebagainya – bagaimanakah Umno boleh membiarkan beliau terlepas begitu sahaja sekian lama.

Tentunya Anwar telah disiasat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. RM3 billion bukan sedikit dan bukan sukar dikesan, biarpun di simpan di luar negara .

Hakikatnya ialah, sehingga hari ini, lebih 10 tahun sejak dipecat kerana dianggap “melawan” Mahathir, pihak berkenaan gagal membawa sebarang bukti yang boleh mensabitkan Anwar dengan tuduhan menyalahgunakan wang rakyat.

Tuduhan “rasuah” yang dibawa terhadap Anwar pada tahun 1998 membabitkan campurtangan berhubung siasatan polis tuduhan seksual dan BUKAN kewangan.

Rasanya tidak perlu diulas latar belakang dan kredibiliti tuduhan seksual terhadap Anwar itu.

Hakikatnya ialah, jika wujud bukti mengenai wang gelap RM3 bilion, pastinya Anwar masih terperosok di penjara … dan,pihak yang paling gembira jika ia berlaku ialah Umno sendiri.

Hakikatnya juga ialah segala rekod Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri (1993-1998) dan lebih penting lagi sebagai Menteri Kewangan (1990-1998 ) tentunya telah diperinci dengan “kanta pembesar” oleh polis dan SPRM (dulunya BPR).

Memandangkan Anwar adalah musuh politik utama Umno sekian lama, adakah rakyat harus percaya bahawa polis di bawah telunjuk Mahathir dan kepemimpinan Umno yang mewarisi kekejaman beliau tidak akan menyiasat Anwar ‘hingga ke lubang cacing”?

Namun INIlah yang cuba dilakukan oleh ahli-ahli politik seperti Khairy, konco-konconya seperti Lokman Adam dan Nallakarupan dengan mengungkit semula tuduhan lapuk berfitnah.

Yang mendukacitakan ialah Khairy sendiri tidak mempunyai kesungguhan moral atau pun keberanian untuk membuat laporan polis terhadap Anwar berhubung dakwaan RM3 bilion itu.

Tugas itu diserahkan kepada Bekas Ketua Pemuda MIC S.Vigneswaran.

Apakah dividen politik yang diharapkan oleh “pemimpin-pemimpin” kerdil seperti Khairy apabila menimbulkan semua tuduhan lapuk yang tidak berasas terhadap Anwar?

Tentunya faktor pendorong ialah pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad ini dan keperluan meraih sokongan pengundi dengan merosakkan kredibiliti Ketua Pembangkang. .

Tetapi lebih menjengkelkan ialah sikap akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan The Star yang sekali lagi memperbesar-besarkan tuduhan Abdul Murad itu tanpa memberikan fakta sepenuhnya berhubung kenyataan bersumpah itu.

Sekali lagi Khairy Jamaluddin dan konco-konconya menjadikan politik murahan melontar tuduhan kosong sebagai pegangan hidup, atas anggapan apa yang diucapkan mereka akan ditelan bulat-bulat oleh rakyat.

Untuk rekod disiarkan petikan kenyataan Anwar sejurus selepas Murad membuat tuduhan yang kini digunakan sebagai modal politik Khairy Jamaluddin. Kenyataan ini disiarkan pada 7 November 1999.

“Merujuk kepada Akuan Berkanun tersebut, saya ulangi cabaran kepada Dato Seri Dr. Mahathir dan Kerajaan Barisan Nasional supaya segera menubuhkan Badan Siasatan Bebas menyiasat tuduhan tersebut. Siasatan tersebut seharusnya mencakup persoalan rasuah, penyalahgunaan kuasa yang mengaitkan semua pemimpin tanpa kecuali termasuk Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Daim Zainuddin. Semua kekayaan terkumpul di dalam dan luar negeri; semua kelulusan saham, kontrak, lesen, penswastaan kepada keluarga, sanak saudara dan kroni perlu disiasat teliti dan rapi. Pihak saya bukan sahaja mengalu-alukan siasatan tetapi akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Badan tersebut. Janganlah berdalih lagi. Tubuh segera Badan tersebut. Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenarnya. Mana pemimpin yang berpura-pura menjadi jaguh tetapi memunggah khazanah negara untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni akan diketahui juga akhirnya.”

Untuk makluman, Umno-BN sehingga sekarang belum bersedia menubuhkan Badan Siasatan Bebas sedemikian, dan tidak ada tanda-tanda ia akan menyahut cabaran Anwar buat masa terdekat ini.

Mungkin Khairy boleh menjadikan fakta ini sebagai modal politik baru pada pilihanraya seterusnya? Sekadar cadangan

http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=2302

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: