Skip navigation

Ong vs Chua: Siapa tersungkur esok?

Ketika menjelangnya mesyuarat luar biasa (EGM) MCA tiga-10, pada jam 10 pagi hari ke-10 bulan kesepuluh esok – ramai pemerhati politik dalaman percaya 2,377 perwakilan pusat yang akan mengundi, telah membuat keputusan mereka.

Ini kerana walaupun kewujudan apa yang dipanggil “pasukan ketiga” yang mahukan perwakilan menolak kedua-dua Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Presiden yang digantung Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada EGM ini.

Cakap-cakap mengenai “pasukan ketiga” timbul sejak beberapa bulan lepas tetapi hanya hari ini mereka muncul pada persidangan akhbar yang dianjurkan oleh pengerusi cawangan Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, Tan Kah Choun.

Tan mendakwa kumpulan itu mendapat sokongan oleh sesetengah perwakilan pusat parti serta daripada 13 bekas pemimpin MCA lain termasuk Tan Sri Lee San Choon, Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Ong Ka Ting, Tan Sri Chan Kong Choy dan Tan Sri Dr Ting Chew Peh, sungguhpun sesetengah pemimpin itu menafikan penglibatan mereka.

Ting dengan secara terbuka menafikan bahawa beliau tidak pernah menyokong kumpulan itu dan terkejut namanya dikaitkan dengan mereka kerana mereka tidak pernah menghubunginya untuk membincangkan perkara ini.

“Ini dakwaan tidak berasas, seperti menangguk di air keruh. Saya percaya perwakilan itu matang, mereka tahu apa yang hendak dilakukan. Adalah tidak adil kerana hanya kerana pertelingkahan, kedua-duanya terpaksa meletak jawatan,” kata beliau.

Walaupun perkembangan terbaru ini, di mana sesetengah pemerhati politik percaya ia bertujuan memecahkan undi, sesetengah perwakilan berkata mereka telah membuat keputusan dengan apa yang akan dilakukan pada hari itu tetapi ingin berdiam diri sehingga tiba pada masanya.

Lima resolusi

“Kebanyakkan kita sudah penat. Kita hanya mahu perkara ini selesai secepat mungkin dan parti itu bergerak. Anda akan tahu keputusan itu apabila kita mengundi Sabtu ini,” kata seorang perwakilan dari Johor.

Ong dikatakan mempunyai kelebihan apabila beliau menyetujui EGM, 10 Oktober ini dan menerima lima resolusi yang dicadangkan para penyokong Dr Chua yang akan dibentangkan, yang menyaksikan beliau tersingkir bersama-sama dengan penyokongnya.

Presiden MCA itu yang sedang menghadapi krisis dengan Dr Chua sejak pemilihan parti tahun lepas, terpaksa menghadapi perwakilan itu yang akan menghakimkan samada keputusan beliau diterima oleh anggota akar umbi atau sebaliknya.

Bagaimanapun, sebelum berlangsungnya EGM itu, badan pembuat keputusan parti itu, Jawatankuasa Pusat (CC) telah mengurangkan hukumannya kepada Dr Chua hanya digantung daripada parti itu empat tahun tetapi penyokong Dr Chua mendakwa ini adalah tidak adil dan berikrar untuk mengubah keputusan tersebut pada EGM.

Sesetengah perwakilan parti percaya bahawa perkembangan terbaru ini berkaitan dengan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan laporan berita bahawa Ong telah bebas daripada kes rasuah RM10, yang mungkin akan berpihak kepadanya.

Sekurang-kurangnya, pada persepsi orang ramai, Ong dilihat orang yang boleh mengetuai parti tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam bancian pandangan terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Merdeka untuk Penyelidikan Pendangan.

Bertajuk “Perkembangan Politik MCA, Perubahan BN, PKFZ dan Persepsi terhadap Pakatan Rakyat”, hasil bancian itu mengenai kepimpinan MCA menunjukkan Ong memperoleh 25.2 peratus pada keseluruhan 846 responden untuk mengetuai MCA berbanding dengan hanya 5.8 peratus yang diterima Dr Chua.

Bancian itu yang dijalankan dari 29 Sept hingga 4 Okt membayangkan bahawa 32.2 peratus responden Cina menyatakan mereka menyokong Ong untuk mengetai parti itu berbanding dengan hanya 5.1 peratus yang berpihak kepada Dr Chua.

Bagaimanapun, penyokong Dr Chua masih yakin bahawa mereka boleh memenangi hati perwakilan dengan mengatakan : “respon daripada perwakilan menggalakkan” dan menuju kepada satu kemenangan dengan lima usul diluluskan oleh perwakilan.

Lima resolusi itu ialah (1) usul tidak percaya terhadap Ong (2) untuk membatalkan keputusan majlis presiden untuk memecat Dr Chua (3) menerima semula Dr Chua sebagai timbalan presiden MCA (4) membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM dan (5) tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.

Penyokong Ong mendakwa maklumbalas daripada akar umbi sangat jelas bagi usul pertama dan kedua.

“Saya tidak fikir undi tidak percaya akan berjaya kerana ramai dalam parti mahukan beliau untuk mengetuai, malahan sesetengah mereka tidak suka beliau secara peribadi,” kata sumber parti itu.

Para penyokong yang sama menyatakan anggota parti dan perwakilan kini mendapat gambaran yang lebih baik mengenai apa yang berlaku dalam parti dan sokongan untuk beliau telah meningkat sejak beberapa minggu lepas.

“Resolusi kedua untuk membatalkan keputusan majlis presiden bagi memecat Dr Chua kini tidak ada apa-apa kerana bekas Menteri Kesihatan itu hanya digantung selama empat tahun.

“Sebelum digantung, sentimen sangat kuat dan ramai perwakilan bersimpati dengan Dr Chua tetapi selepas keputusan CC itu, situasi sudah berubah,” tambah beliau.

Bagaimanapun, pemerhati dalaman parti meramalkan hasil EGM Sabtu ini adalah tipis kepada kedua-dua pihak kerana sesetengah perwakilan tidak hiraukan dengan keputusan tersebut.

“Kita bimbang dengan kadar kehadiran. Sesetengah perwakilan telah membayangkan bahawa mereka mungkin tidak hadir,” menurut pemerhati politik dalaman itu.

‘I MCA, 1Pasukan’

Sebelum itiu, Tee Keat melancarkan simbol “1MCA, 1PAsukan” bagi menandakan ulang tahun pertama beliau sebagai presiden parti.

Sambil diapit beberapa pegawai tertinggi parti di Wisma MCA semalam, Ong juga mengemukakan kad laporan pencapaian parti itu sejak 12 bulan kebelakangan ini dalam bentuk buletin empat muka dalam Bahasa Cina.

Tetapi beliau begitu cepat menolak bahawa majlis peringatan merupakan satu usaha bagi membalas manisfesto Chua, timbalan presiden yang digantung keanggotaannya, yang dikeluarkan Isnin lepas.

“Ini bukan manifesto. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan saya mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan yang dicapai selama ini oleh pasukan saya sejak setahun lalu, kata Ong kepada pemberita kemudiannya.

“Pencapaian” yang tersenarai itu meliputi inisiatif ekonomi, lebih banyak peluang pendidikan kepada masyarakat Cina yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan kerjasama dengan institusi di tanah besar China dan meningkatkan pembangunan sosial bagi masyarakat itu.

Dr Chua melancarkan manifestonya bertajuk “3R: Reject. Reunite. Rejuvenate.” dan mendakwa presiden parti tidak melakukan apa-apa bagi menyelamatkan dan memberi nafas baru kepada MCA sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Bahang permusuhan antara kedua-dua pemimpin itu yang bertelagah sejak pemilihan mereka, akan diputuskan oleh 2,377 perwakilan pusat yang akan mendaftar bagi EGM itu mulai tengah hari ini.

EGM itu dibuat berikutan pemecatan Dr Chua oleh Majlis Presiden kerana mencemarkan imej parti berikutan skandal seks videonya.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pusat membatalkan pemecatan dan menggantikannya dengan menggantung keanggotaannya selama empat tahun.

– Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/114587

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: