Skip navigation

12.23am: Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.

Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin

11am: Masa bantahan tamat

10.50 pagi : Tinggal 10 min sahaja lagi tempoh bantahan berakhir. Keadaan keselamatan kini terkawal. Terdapat 13,644 pengundi berdaftar termasuk 4,604 pengundi pos di Bagan Pinang. Pengundian dijalankan pada 11 Okt nanti.

Sekitar Penamaan Calon di Bagan Pinang

10.30 pagi : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Barisan Nasional DUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dan pemimpin Barisan Nasional sebelum masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Perbandaran Port Dickson.

10

10.25 pagi : Malaysiakini melaporkan Ketegangan meningkat apabila kelihatan botol air di baling dari sebelah penyokong BN. Manakala penyokong Pakatan menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan. Tetapi BHOnline dan NST cuba menipu pembacanya dengan menyatakan “segelintir penyokong Pakatan Rakyat kelihatan membaling botol air mineral ke arah FRU”

10.20 : Berdasarkan  kertas pencalonan yang dipamerkan sekarang untuk bantahan selama sejam, hanya dua calon dipaparkan iaitu calon BN dan Pas.

Sekiranya tiada bantahan atau pencalonan mereka tidak ditolak SPR, ini bermakna pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan dua penjuru.

10.15 : Cuaca di pusat pencalonan kembali mendung. Di perkarangan pusat penamaan calon tenang di mana pemimpin dan ahli parti yang dibenarkan masuk berada di khemah parti masing-masing.

Isa Samad Calon Terbaik UMNO/BN Di Abad Ini

10.09 : Calon Bebas, Shahruddin Abdul Hamid tidak bertanding selepas gagal menyerahkan kertas pencalonannya.

10.00 : Pegawai Pilihanraya kini mengumumkan masa penerimaan borang calon sudah tamat. Kini borang calon akan dipamerkan sepanjang tempoh bantahan selama sejam bermula jam10 pagi.

Setakat ini hanya dua calon kertas pencalonannya diterima SPR iaitu Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.

9.59 : Tempoh penyerahan borang calon selama sejam akan berakhir bila-bila masa. Ia diikuti proses bantahan mulai 10 pagi hingga 11 pagi.

9.56 : Suasana di luar terkawal walaupun kedua-dua penyokong saling menimbulkan provokasi. Kira-kira 30 anggota FRU berada di antara kedua-dua penyokong.

9.50 : Dalam sidang media, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulas mengenai isu undi pos yang dipertikaikan pembangkang.

Beliau berkata, tentera diberi kebebasan untuk memilih calon mereka dan melakukan aktiviti dalam kem tanpa pembabitkan kerajaan.

Beliau menggesa pembangkang tidak memanipulasikan isu itu lagi.

9.45 : Tempoh penyerahan borang tinggal 15 minit untuk ditutup. Calon Bebas masih belum masuk semula. Spekulasi di sini menyebut kemungkinan pilihan raya ini menyaksikan pertanding dua penjuru antara BN-Pas.

9.44 : Hanya calon, penyokong, pencadang dan pegawai SPR yang dibenarkan masuk ke dalam dewan penamaan. Pihak media dan ahli parti masing-masing ditempatkan di bawah khemah yang disediakan di luar dewan.

9.40 : Setakat ini kelibat calon Bebas belum kelihatan lagi.

9.35 : Berlaku sedikit ketegangan di luar pusat penamaan calon berikutan kedua-dua pihak mula timbulkan provokasi. FRU kelihatan bergegas ke bawah bagi mengawal keadaan.

9:27 : Calon Bebas keluar mencari penyokong dan pencadangnya. Dia berkata akan masuk semula sebelum tempoh tutup serah borang pencalonan pada 10 pagi.

9:26 : KETIKA ini hujan reda sepenuhnya. Keadaan di perkarangan dewan agak tenang dengan pemimpin parti mengambil peluang bersarapan pagi.

9:23 : Calon Bebas keluar dari Dewan dan bergegas ke luar dari pekarangan pusat penamaan calon tanpa memberi sebarang komen. Pemberita dan jurugambar bergegas mengekorinya.

9:20 : Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mazlan Othman bagaimanapun benarkan calon Bebas masuk tetapi masih tidak diiringi penyokong dan pencadang.

9:18 : Calon Bebas tidak dibenarkan masuk untuk serah kertas pencalonan kerana tidak membawa pencadang dan penyokong. Beliau masih berdiri di luar dewan.

9:17 : Calon Bebas Shahruddin Abdul Hamid masuk ke pusat penamaan calon, tapi belum menyerahkan borang.

9:08 : Calon Pas memasuki Dewan Perbandaran Port Dickson pada jam 9.05 pagi, disusuli Isa Samad dua minit kemudian bersama pencadang masing-masing untuk mengemukakan kertas pencalonan. Calon Bebas masih belum kelihatan. Hujan mulai reda. Beberapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat mengambil peluang untuk bersalam-salaman sementara menunggu calon masing-masing menyerahkan borang pencalonan.

9:01 : SPR umum tempoh mengemukakan kertas pencalonan dibuka sehingga 10 pagi

8:56 : Kira-kira 200 petugas media berada di pusat penamaan calon untuk membuat liputan. Hujan juga mulai reda.

8:55 : Calon BN, Tan Sri Isa Samad memasuki pusat penamaan calon sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan pemimpin BN lain.

8:38 : Calon Pas memasuki pusat penamaan calon sambil diiringi Hadi Awang, Sallehudin Ayob, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Calon BN belum lagi kelihatan.

8:30 : Hujan semakin lebat. Perarakan penyokong terjejas.

8:21 : Penyokong Pas kini menjangkau 4,000. Mereka berteriak Hidup Pas, Hancur BN.

8:16 : Jumlah Penyokong pembangkang semakin ramai, dianggarkan mencecah 1,000 orang dan mula memenuhi Jalan Pantai sehingga mengganggu lalu lintas.

8:10 : Helikopter PDRM berlegar bagi memantau keadaan di sekitar Teluk Kemang.

8:00 : Suasana di luar pusat penamaan calon.

5

7:58 : Pihak keselamatan berkumpul sebelum penamaan calon bermula untuk mengawal keadaan.

4

7:50 : Setakat malam tadi, hanya seorang calon Bebas mengesahkan akan bertanding iaitu bekas AJK PKR Teluk Kemang, Shahruddin Abdul Hamid.

Bagan pinang 3

7:47 : Ketika ini keadaan cuaca semakin gelap. Hujan dijangka pada bila-bila masa. Penyokong pas mula berarak ke pusat pencalonan

Bagan pinang

bagan pinang2

7:46 : Untuk makluman, DUN Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Teluk Kemang. Selain Bagan Pinang, empat lagi DUN dalam Parlimen Teluk Kemang, iaitu Port Dickson, Chuah dan Lukut yang dikuasai pembangkang, manakala Linggi dan Bagan Pinang dikuasai BN.

DUN Bagan Pinang mengandungi 13,664 pengundi berdaftar dengan 9,060 pengundi biasa manakala baki 4,604 pengundi pos.

7:38 : Kumpulan penyokong Pas di kalangan India kelihatan memakai baju berwarna hijau sedang berarak ke pusat penamaan calon.

7:35 : Keadana cuaca di sini mendung sedikit sejak jam 7 pagi ini. Orang tempatan di sini berkata, ia adalah keadaan cuaca biasa di pantai.

7:24 : Markas induk Pas kira-kira 3 kilometer dari pusat penamaan calon di Dewan Perbandaran Port Dickson mula dipenuhi penyokong sejak jam 5.30 pagi tadi. Kini kumpulan itu semakin ramai antara 300 hingga 400 orang.

7:22 : Penyokong BN dan Pas mula berkumpul di sepanjang Jalan Pantai, Port Dickson. Keadaan terkawal setakat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: