Skip navigation

‘PAS For All’ genap dua tahun hari ini

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Hari ini, 11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan.

Ianya adalah sebagai pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu dua tahun lebih awal.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pelancarannya pada 11 September 2207 lalu adalah bersempena tarikh serangan ke atas bangunan World Trade Center WTC di Amerika yang telah mencetuskan fenomena Islam Fobia di kalangan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Malah tempias itu juga turut terpalit pada PAS, sebuah parti politik yang rata-rata mengetahui Islam sebagai dasar perjuangannya.

Fenomena tersebut sekaligus memberi kebimbangan bahawa matlamat PAS untuk menarik sokongan bukan Islam akan terbantut.

Ianya juga bakal menyukarkan lagi gerak kerja PAS sebagai sebuah parti dakwah untuk mendekati gologan bukan islam itu.

Namun siapa sangka, kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini sejak dua tahun lalu, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan Islam Fobia yang cuba di doktrin barat, bahkan ianya juga telah mengubah landskap politik PAS itu sendiri.

Menyoroti kembali sejarah, sumbangan dan matlamat slogan tersebut kepada PAS dan Islam umumnya, wartawan Harakahdaily telah menemubual pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa iaitu tulang belakang yang telah mencetuskan inisiatif ini bersama ahli jawatankuasa LPN yang lain.

ImageBeliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, slogan PAS Untuk Semua, kini semakin mencapai matlamat utamanya. Impian melihat orang bukan Islam menjadi ahli PAS dan Kelab penyokong PAS menjadi sayap penting parti kini hampir direalisasikan. Kesemua pertimbangan sedang dikaji dan keputusan akan diketahui tidak lama lagi.

“Untuk pengetahuan, pada retreat PAS di Kedah baru-baru ini, jawatankuasa teknikal diketuai Ust Hassan Syukri telah membentangkan draf pertama kajian mereka. Sekarang sedang kumpul feedback (maklum balas) dari AJK Pas Pusat.”

“Tapi secara dasar, tiada sebarang halangan dan masalah. InsayaAllah, awal tahun depan perkara ini kita rasa akan selesai,” ujarnya.

Katanya, LPN sekarang melangkah selangkah lagi ke hadapan apabila berjaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendalikan program dialog peradaban. Program ini katanya bakal menyaksikan PAS dan orang bukan Islam duduk berbincang antara lain tentang perbandingan agama, ketamadunan dan pelbagai cabang lagi.

“Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk ‘engage’ dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara. Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain-lain.

“Ini cabang baru untuk setahun akan datang. Saya sendiri ambil tanggungjawab itu,” ujarnya.

Image Ikuti temubual penuh beliau dengan wartawan Mohd Nazri Abdullah.

H: Bagaimana tercetusnya idea untuk melancarkan slogan PAS For All ini?

M: Sebenarnya kita dalam Lajnah perpaduan Nasional LPN sentiasa memikirkan bagaimana untuk memecah tembok antara PAS dengan bukan islam.

Masalah ini lebih rumit lagi bila berlaku serangan ke atas WTC pada 11/9 sehingga menularnya fenomena Islam Fobia.

Selepas membuat sedikit kajian maka kita bersetuju lancar selogan PAS for All dan kita pilih tarikh sama dengan serangan ke atas WTC iaitu 11/9 2007 untuk melncarkan slogan tersebut.

Alhamdulillah selepas dua tahun dilancarkan kita dapati sambutan sangat menggalakkan. Kalau kita tengok logo PAS For All sekarang ini dipakai di mana-mana khusnya pada pilihanraya termasuk pada banner, baju dan lencana.

H: Selain itu, adakah matlamat lebih khusus khasnya kepada PAS itu sendiri?

M: Ya, selain untuk mengikis perasaan islam phobia, kita juga ada matlamat khusus kepada masyarakat bukan Islam negara kita.

Selain menarik sokongan mereka, kita juga ingin jadikan slogan ini sebagai medan untuk ahli PAS menyebar luaskan dakwah islam itu sendiri.

Sebab itu lah, saya fiki-fikir, akhirnya setuju dengan slogan itu dengan membayangkan bahawa pas ini adalah untuk semua. Jadi senang, slogan mudah nak faham, tak payah nak ceramah panjang.

Image H: Bagaimana sambutan terhadap kempen itu dan kenggotaan Kelab Penyokong PAS, KPP setakat hari ini?

M: Kelab Penyokong pas diusahakan pada tahun 2005, kini kelab ini ada di seluruh negara. Dalam daftar kita hampir 20 ribu terdiri dari masyarakat kaum india, cina, siam, iban dan terbaru kita berjaya tubuhkan kelab penyokong Pas di Tawau, Sabah.

H: KPP dilihat telah banyak memberi sumbangan khususnya kepada PAS itu sendiri, Apa komen saudara?

M: Ya sudah tentu, saya kira LPN sudah membuka satu frontier baru. Inisiatif penubuhan kelab penyokong dan selogan PAS for all ini telah diterima oleh PAS Pusat termasuk dalam ucaptama Presiden diletakkan tema khas.

Saya gerakkan mereka pada kempen pilihanraya. Kita lihat KPP diletak dalam struktor Jawatankuasa Pilihanraya Pusat JPP iaitu dalam jawatankuasa operasi jentera kempen. KPP bergerak dengan stuktur mereka sendiri, buat markas sendiri.

Kita berkempen rumah ke rumah dan umpu kepada masyarakat pengundi bukan islam dan ada pemimpin kelab yang berceramah bersama pimpinan PAS.

Image H: Bagaimana perkembangan usaha untuk melihat KPP diserap menjadi sayap penting PAS setadaf Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat?

M: Perkembangan cukup menggalakkan. Sehingga hari ni kita di peringkat PAS Pusat bersedia melihatt ruang dan peluang menjadikan kelab ini menjadi sayap penting parti dengan maksud mereka ada perlembagaan sendiri di mana boleh mewakili dalam muktamar dan mesyuarat parti.

Untuk pengetahuan, retreat PAS di Kedah baru baru ini, Jawatankuasa teknikal di ketuai Ust Hassan Syukri telah bentang draft pertama, sekarang tunggu ‘feedback’ dari AJK pas pusat.

Secara dasar tiada sebarang halangan dan masalah. Dan lebih penting apa yang kita fokus untuk pilihanraya umum akan datang ialah, bagaimana kita boleh sediakan ruang kepada mereka bertangding atas tiket pas. Ini lah yang LPN sedang gerakkan dan asasnya adalah PAS For All.

H: Dalam dua tahun sebelum ini, slogan ini dilihat telah banyak mencipta kejayaan tersendiri. Apa pula target untuk tahun ketiga ini?

M: Sebenarnya LPN sejak dua tahun ni berkerja atas mtlamat yang jelas. Kita buat KPP mulanya susah sebab benda baru, tapi akhirnya sekarang diterima oleh ahli pas. Kita sekarang ke tahap tranformasi penting.

Image Saya rasa akan selesai awal tahun hadapan iaitu menjadikan KPP sebagai sayap dan entiti penting parti yang saya kira belum pernah dibuat sepanjang berpuluh tahun pas wujud. Itu fokos paling besar.

Dia tidak habis di situ, saya pun tak nak tua dengan kelab ni saje. Kita sentiasa cari ruang baru dan saya namakan ia sebagai ‘The New Frontier’ Kita sentiasa fokus memperkasa KPP.

Sekarang kita dah wujudkan Unit Keahlian LPN, Unit Latihan dan Bimbingan, Unit Penyelaras Kelab yang dilantik dikalangan YB kita di setiap zon iaitu utara, selatan, timur dan berat.

Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk ‘enggage’ dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara.

Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain lain. Ini cabang baru untuk setahun dua akan datang. Saya sendiri ambil tanggunag jawab itu.

Image H: Kita melihat kejayaan LPN menggerakkan KPP dan kempen PAS for All bukan sahaja menjadi kebanggaan ahli PAS, tetapi juga turut dicemburui oleh parti lawan. Apa komen saudara?

M: Inilah saya kira satu keunikan kelab ini, kerana ia cuba memecah tembok politik selama ini di mana PAS atau Umno yang kita kata melayu dominan, hanya lihat melayu sahaja sebagai sasaran.

Cina kita lepas kepada DAP dan PKR, Umno pula lepas kepada MCA dan GERAKAN. Dengan KPP, kita telah memecah persepsi itu, kita tak boleh lagi serahkan sesuatu kaum atas nama perkauman dia.

Kita perlu melihat sasaran kita melalui pendekatan kita, bukan parti lain. Inilah yang telah meletakkan PAS pada tahap sekarang. Kita sedang menerima sokongan oleh semua kaum. Dan semestinya parti lawan mencemburui kita.

Pengalaman saya pergi luar negara dengan Presiden, saya diminta bentang tentang hubungan kita dengan bukan islam. Gerakan Islam di sana semua terpegun sebab mereka tiada suasana itu. Kita kena pecah pemikiran ini, kita akan pelopor dalam hal ini.

H: Menjelang ulang tahun ke-2 esok, adakah LPN merancang mengadakan apa-apa sambutan?

M: Timbalan saya, Dr. Halimah adalah org kuat yang telah berusaha menjayakan kempen PAS For All ini. Dia serupa orang kanan saya lah. Saya telah diberitahu pasal sambutan ni. Cuma kita sekarang ni satunya dalam bulan puasa, kedua baru habis PRK dan lepasni kena tumpu di Bagan Pinang Pulak.

Saya kira susah untuk kita adakan sambutan esok. Saya serah kepada peringkat muslimat yang diketuai Dr. Halimah untuk buat keputusan bila nak di adakan sambutan, kami pusat ni tumpang je. Mungkin lepas puasa, ataupun dilancarkan di Bagan Pinang, sebab kita memang akan turun berkampung di sana.

H: Apakah mesej yang saudara ingin sampaikan kepada ahli PAS sempena ulang tahun kedua pelancaran slogan PAS For All ini?

M: Dengan wujudnya Pas For All dan KPP ini, ianya telah berjaya mendidik ahli PAS supaya melihat orang bukan adalah saran dakwah yang paling penting bagi kita. Kita tidak boleh sekadar bercakap kita parti dakwah sahaja.

Jadi dengan penubuhan KPP ini, LPN telah menyediakan ruang dan peluang kepada ahli PAS untuk melaksanakan tugas dakwah.

Ini adalah sumbangan besar LPN. Bukan saya nak bangga, tapi saya rasakan ini satu transformasi baru wajah politik PAS itu sendiri yang kita perlu jaga, pelihara, pupuk dan kekalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: