Skip navigation

SHAH ALAM: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mendengar sebarang pergaduhan atau bunyi bising di pejabat suruhanjaya berkenaan sekitar pukul 2 hingga 2.30 pagi pada 16 Julai lalu.

Perkara tersebut dinyatakan saksi ke-18 inkues kematian pembantu politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock, Mohd Najeib Ahmad Walad.

Mohd Najeib yang merupakan Penolong Penguasa SPRM Selangor berkata, suasana di pejabat SPRM pada awal pagi berkenaan adalah dalam keadaan tenang dengan beberapa orang pegawai masih menjalankan tugas masing-masing.

“Pada masa itu keadaan di pejabat SPRM tenang, saya tak dengar suara orang bertengkar pada masa itu,” katanya semasa menjawab soalan peguam pihak keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Kenyataan tersebut dilihat bertentangan dengan keterangan saksi ke-16 semalam, Mohd Anuar Ismail bahawa beliau mendapat maklumat terdapat pergaduhan antara Teoh dan Tan Boon Wah di tandas pejabat SPRM kira-kira pukul 2 pagi pada 16 Julai lalu.

Mohd Anuar yang juga pegawai penyiasat SPRM memaklumkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau telah dimaklumkan oleh seorang pegawai lain yang bernama Bulkani Paharuddin mengenai pergaduhan tersebut.

“Kamu katakan keadaan di pejabat tenang, jadi kalau orang jerit, marah-marah, atau gaduh kamu boleh dengar?” soal Gobind kepada Mohd Najeib.

“Tidak, saya tak dengar… kalau saya dengar orang bertengkar saya akan lari,” jawab Mohd Najeib.

Jawapan beliau itu menyebabkan suasana mahkamah menjadi sedikit bising dengan gelak tawa wakil media dan orang awam yang mengikuti prosiding inkues pada petang ini.

Gobind kemudiannya berkata: “Oh… kamu akan lari bila dengar orang bertengkar?

“Di sini saya ingin saya katakan apa yang Mohd Anuar beritahu mahkamah semalam bahawa Teoh dan Tan Boon Wah bertengkar adalah satu penipuan.

“Mohd Najeib bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Tidak… saya tidak tahu, saya tidak berada di situ pada masa itu,” kata Mohd Najeib.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: