Skip navigation

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

“Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada pilihan raya itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Pas beliau berkata isu melibatkan calon yang dieksploitasi pembangkang juga menjadi faktor kepada kekalahan BN.

Selain itu, Muhyiddin berkata Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan merupakan kubu kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi faktor kepada kekalahan BN.

“Tempat itu juga adalah kubu Pas dan mempunyai jumlah pengundi Cina yang ramai,” katanya yang turut menjelaskan bahawa keputusan pilihan raya ini tidak boleh dibandingkan dengan pilihan raya kecil DUN Manik Urai, Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan jumlah undi yang diperolehi calon BN, sokongan terhadap pakatan tidak berkurangan jika dibandingkan dengan pilihan raya umum 2008.

“Kita nampak cuma ada sedikit perubahan (sokongan terhadap BN) di beberapa peti undi tetapi tidak begitu ketara,” katanya.

Beliau berkata BN akan menganalisis punca kekalahan pada pilihan raya itu dari aspek sokongan pengundi Melayu, Cina dan India bagi membuat penambahbaikan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Muhyiddin berkata beliau yakin sokongan terhadap BN akan pulih dari semasa ke semasa di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya percaya dan yakin kita akan pulih,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Umno Permatang Pauh untuk terus bekerja keras bagi mendampingi pengundi dan memahami sikap mereka.

Sementara itu, Rohaizat berkata beliau akan terus berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu sebagai tanda terima kasihnya kepada pengundi yang menyokongnya.

Katanya, sebagai Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, beliau akan terus membantu golongan yang memerlukan bantuan di kawasan itu setelah mendengar masalah yang mereka hadapi mereka sepanjang tempoh berkempen.

Rohaizat berkata beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka kerana itu adalah keputusan rakyat dan berharap Mohd Salleh akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada penduduk di situ. BERNAMA

P/s Pening doh Muhyidin nie…. Lu Pikir la sendiri…. Ape pendapat anda??????

One Comment

    • wan nasar bin wan mo
    • Posted September 2, 2009 at 11:50 am
    • Permalink
    • Reply

    pada pandangan saya, kalah dan menang adat pertandingan. tetapi pada pilahanraya kecil permatang pasir ni susah nak diramalkan BN menang kerana kawasan parlimen datuk sri anwar ibrahim tetapi sekiranya calon BN yang diletakan adalah bersih dari masalh peribadi ataupun masalah pekara yang lepas ada kemungkinan calon BN boleh menang kerana tak kira kawasan itu berada dlm kawasan parlimen datuk sri anwar. Pekara ini sama juga dengan pilihanraya parlimen Kuala Terengganu, Terengganu yang calon nya seorang tidak mesra pelanggan dan dikatakan orang setempat bahawa calon BN adalah sombong juga menyebabkan faktor yg bawa kepada kekalahan. Kalau kita lihat bahawa kawasan itu adalh kawasan BN dahulu. Pekara semacam ini BN tidak boleh memandang ringan kerana boleh menyebabkan orang ramai dengan sendiri akan memilih pada pihak lawan.Saya berharap pada calon calon yang mahu bertanding pastikan bersih dan berhemah serta bertanggungjawab apabila di beri tugas yang diamanahkan oleh rakyat. kerana rakyat sekarang pandai memilih dan melihat apa yang dilakukan oleh calon calon yang bertanding. ini disebabkan oleh negara kita maju dlm sistem media elektronik yang begitu cepat sampai pd rakyat dan pd masa sama rakyat akan menilai terlebih dahulu maklumat yg diperolehi dari media elektronik sebelum memilih calon yang sesuai. saya harap calon calon yg bertanding jgnlah memandang ringan dan diingatkan juga jawatan anda ialah ditentukan oleh rakyat dan tanpa sokongan mereka jgn cuba impikan sebarang jawatan dan kerusi cantik untuk diduduki atau sentuh. cuba cuba lah fikir wahai calon calon yang hendak bertanding pada pilihanraya akan datang.

    nikqlate said: ade betol gak pandangan demo…. Tapi dalam UMNO/BN ADO KE pemimpin yang BERSIH?????????? jeng jeng jeng… renung-renungkan………………..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: