Skip navigation

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Isnin, 24 Ogos). Prosiding diteruskan petang ini.

5 petang: Mahkamah ditangguhkan hingga esok. Saksi ke-16 akan menyambung keterangannya.

4.46 petang: Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa pada pukul 5 pagi, 16 Julai beliau dimaklumkan oleh pegawai SPRM yang bernama Mohd Ashraf Yunus, bahawa Teoh telah meminta minuman daripadanya.Kira-kira pukul 6 pagi tarikh yang sama, pegawai yang bernama Raymond Nion anak John Timban telah melihat Teoh masih tidur diatas sofa dalam pejabat SPRM.

4.40 petang: Mohd Anuar memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak ada sebarang kekerasan dan ugutan terhadap Teoh semasa proses soal siasat dijalankan.

3.50 petang: Saksi ke-16, Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa kali terakhir beliau melihat Teoh adalah pada pukul 2 pagi, 16 Julai. Selepas itu, kira-kira pukul 9 pagi pada tarikh yang sama beliau menjumpai beg Teoh berhampiran sofa di pejabat SPRM. Namun dia tidak melihat kelibat Teoh di sekitar pejabat.

3.12 petang: Saksi ke-16, pegawai penyiasat kes siasatan SPRM, Mohd Anuar Ismail dipanggil semula untuk menyambung keterangannya.

3.10 petang: Koroner, Azmil Muntapha akan membuat keputusan sama ada surat tersebut akan ditanda sebagai exhibit untuk dijadian bahan bukti mahkamah kemudian. Beliau akan mempertimbangkan sama ada surat itu relevan dengan inkues ini.

3.05 petang: Peguam bela yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh membantah penerangan yang diberikan oleh Tan berhubung hasil siasatan terhadap surat tersebut.

Katanya, pegawai penyiasat yang perlu memberi keterangan mengenainya dan ia bagi membolehkan peguam menyoal balas mengenai hasil dapatannya.

Bagaimanapun, Tan menjelaskan bahawa beliau hanya mengemukakan hasil laporan, Gobind berpeluang untuk soal balas kemudian.

3 petang: Tentang tohmahan ke5 – bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor tidak petik kad perakam waktu bila beliau keluar pada pagi 16 julai lalu, ia adalah benar, tetapi perkara tersebut dibiarkan untuk disoal apabla beliau tampil untuk memberi keterangan sebagai saksi.

2.50 petang:Tohmahan ke-4, bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawainya mengelap cap jari pada bngkai tingkap, hasil pemeriksaan tidak dapat apa-apa keterangan yangg menyokong tohmahan tersebut.

2.46 petang: Tohmahan ketiga – bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberikan sampel DNA beliau di bilik beliau sendri dan bukannya di bilik mesyuarat, pakar DNA, Dr.Seah Lay Hong telah menyatakan bahawa tohmahan ini tidak benar kerana beliau hadir pada hari semua pgawai SPRM memberikan sampel mereka.

Sungguhpun begitu satu sampel baru telah diambil daripada Timbalan Pengarah SPRM Selangor pada petang Rabu lalu. Namun hasil DNA tersebut tidak sepadan dengan DNA misteri yang ditemui.

2.43 petang: Tohmahan kedua – iaitu bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor, telah menggunakan teknik-teknik soal siasat yang tersendiri, pihak polis sudah membuat siasatan lanjut, namun mendapati tidak ada keterangan yang menyokong tohmahan tersebut.

2.40 petang:Tohmahan pertama – bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor,Hishamuddin Hashim telah memberi arahan kepada pegawai-pegawai SPRM Selangor supaya tidak melibatkan beliau dalam kes ini, pihak polis tidak dapat apa-apa keterangan yang menyokong keterangan tersebut.

2.37 petang: Tan menyatakan bahawa surat yang bertarikh 5 Ogos itu mempunyai tanda pos bertarikh 10 Ogos.

Surat itu tidak mempunyai tanda tangan dan tidak terdapat mana-mana individu, namun yang ada ialah ‘pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)’.

2.35 petang: Peguam bela dan penguam cara yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan membuat laporan kepada mahkamah tentang perintah minggu lalu berhubung surat misteri.

Tan memaklumkan bahwa pegawai penyiasat telah menjalankan siasatan terhadap 5 tohmahan yang terdapat dalam surat tersebut yang ada kaintan dengan inkues ini.

2.30 petang: Prosiding inkues hari ke-12 bermula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: