Skip navigation

Surat: Pakatan sulit pegawai SPRM, ahli politik

Surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock semalam dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan soal siasat Teoh, yang mungkin membawa kepada kematiannya.

Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Dan atas persefahaman tersebutlah, Teoh dipanggil untuk disoalsiasat.

Surat yang tidak bertandatangan itu, yang mempunyai kepala surat rasmi SPRM dan ditulis dalam bahasa Malaysia, juga menyebut mengenai bentuk soal siasat – yang membabitkan perbuatan menarik pada tali pinggang suspek.

Ia seterusnya mendakwa pegawai tinggi tersebut menyoal siasat Teoh pada hari setiausaha politik exco Selangor itu, ditemui mati.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan bagaimana Teoh mati atau sama ada pegawai berkenaan terbabit secara langsung dalam kematiannya.

Ketika dihubungi, ahli politik berkenaan menafikan semua tuduhan dalam surat tersebut dan berkata beliau akan membuat laporan polis sekembalinya dari luar negara. Manakala pegawai SPRM berkenaan tidak dapat dihubungi.

Laporan dari

http://malaysiakini.com/news/111010

2 Comments

  1. ALLAH SWT MAHA AGUNG

  2. Saya sudah kata instinct saya jarang meleset. Kematian TBH bukan suicide tapi dibunuh. Sudah pasti ini conspirasi rampas kuasa NAJIB NAJIS. PR mesti berhati hati terhadap UMNO. Setiap orang yang dipangil SPRM ke bangunan MAUT untuk di soalsiasat mesti ditemani oleh PEGUAM.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: