Skip navigation

SEBERANG PRAI: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang melihat dengan serius saingan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir – bermula Isnin ini – menurunkan calon yang berlatarbelakangkan pengajian syariah bagi membawa cabaran.
PP-1
Selang enam jam di DUN Permatang Pasir semalam, PAS dan Umno menamakan calon masing-masing.

Umno membawa tiket BN. PAS melambangkan perwakilan Pakatan.

Permatang Pasir, salah satu bahagian DUN dalam kerusi Parlimen Permatang Pauh, juga dianggap kubu kuat PAS yang menyandangnya sejak 1999.

Pemimpin BN dan Pakatan – Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang – mengakui hakikat ini di sini semalam – saingannya sengit dan peluang 50:50 – ketika mengumumkan pemilihan calon masing-masing di Permatang Pasir semalam.

Muhyiddin yakin bersandarkan prestasi di DUN Manek Urai bulan lalu – kalah tipis 65 undi.

Hadi pula melihat peluang mereka berlandaskan kedudukan kerusi itu dipegang PAS sejak 1999.

Lim dalam ucapannya menjelang pengumuman calon oleh Hadi memberitahu, Pakatan akan mengekalkan kerusi itu tetapi peluang hanya 50:50 jika BN menggunakan ‘taktik-taktik tertentu’.

BN menurunkan Rohaizat Othman, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang.

PAS memutuskan untuk menurunkan Mohd. Salleh Man, 52, seorang ahli perniagaan dan pentadbir sekolah swasta di Pulau Pinang.

Rohaizat mempunyai kelulusan jurusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa manakala Salleh pula pemegang ijazah sarjana muda syariah dari Universiti Malaya.

Pemilihan Rohaizat diumumkan oleh Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno petang semalam manakala Presiden PAS menamakan calonnya.

Bagi Rohaizat ini merupakan pengalaman pertama bertanding pilihan raya termasuk pilihan raya kecil.

SALLEH TANDING SEJAK 1986

Bagaimanapun Salleh pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008. Pinang Tunggal dan Sungai Dua merupakan antara empat bahagian pilihan raya yang pernah ditandinginya sejak 1986.

Pada pilihan raya umum 1995, Salleh bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Bagaimanapun beliau tidak pernah memenangi mana-mana kerusi.

Salleh dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang pada 2007.

Beliau mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.

Namanya diumumkan oleh Hadi di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini kira-kira 10.45 malam tadi.

“Kami harap beliau akan menang kali ini,” kata Hadi sambil menambah, “saya berharap mendapat sokongan untuk mendapat majoriti yang lebih besar.”

Kerusi itu disandang oleh wakil PAS, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia 31 Julai lalu. Beliau menyandangnya sejak 1999.

SEBAB BN PILIH ROHAIZAT

Kira-kira lima jam terdahulu Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan akan menurunkan Rohaizat yang beradal dari Mengkuang Titi.

Rohaizat yang merupakan peguam syarie menyertai Umno pada 1996.

Beliau mempunyai seorang isteri dan seorang anak.

Rohaizat menerima pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Mashoor, Pulau Pinang.

Ketika mengumumkan pemilihan Rohaizat, Muhyiddin berkata: “Setelah ambil kira pandangan semua pihak, calon yang paling layak, boleh diterima rakyat, setelah dibincang dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang kini berada di luar negara, didapati calon yang paling sesuai ialah Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.”

Muhyiddin turut melancarkan jentera BN di pusat gerakan induk BN di Bukit Merah, Permatang Pauh dekat sini petang ini.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas.

CALON BEBAS TRADISI

Pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Jika sah, Kamarul akan bertanding pilihan raya kecil yang ketiga sejak di Bukit Gantang, Perak pada April lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: