Skip navigation

SHAH ALAM – Kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi disahkan sebagai punca kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lalu.

Malah Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim yang mengesahkan perkara itu di Mahkamah Koroner di sini semalam menolak kemungkinan terdapat pergelutan sebelum mendiang jatuh dan mati.

Menurut Khairul, pembedahan dan pemeriksaan mayat yang dilakukannya bersama seorang pakar patologi forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Prashant Naresh Samberkar selama hampir lima jam pada 17 Julai mendapati terdapat 22 kesan kecederaan pada badan mendiang.

Antara kecederaan itu ialah beberapa kesan melecet di dahi, leher depan sebelah kiri, bonjol akibat keretakan dan terkehel sendi di tulang dekat tulang pelvis, lebam di depan badan, lengan kiri, bahagian tengah hujung lengan kiri, tapak tangan kiri, bahu kanan, bahagian luar lengan kanan, tapak tangan kanan, depan paha kanan, depan keting kanan, paha kiri, lutut kiri dan tepi belakang badan sebelah kanan.

Turut ditemui ialah kesan lebam pendarahan kecil di atas kepala, kesan keretakan pada penyambung antara tulang-tulang atas kepala, sampul jantung terkoyak, lebam kecil di kerandut kiri kemaluan selain kaki kirinya didapati lebih pendek daripada kaki kanan.

Kebanyakan tulang rusuk mendiang retak dan terdapat pendarahan di kawasan buah pinggang dan paru-parunya manakala lengan kiri, tangan kiri, bahu kanan dan bahagian luar lengan kanannya juga patah selain terdapat darah beku pada muka sebelah kanan, lubang hidung, paha kanan dan di lutut kiri.

Namun, hasil pembedahan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati tidak terdapat luka tangkis pada badan mendiang, kata Khairul.

rajah-teoh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: