Skip navigation

Doktor tak sihat, anggota forensik beri keterangan

Pasukan forensik polis akan memberi keterangan hari ini ekoran pakar pathologi, Dr khairul Azman tidak dapat menyambung keterangannya kerana tidak sihat.

Beliau sepatutnya disoal balas oleh para peguam keluarga Teoh Beng Hock serta peguam yang mewakili kerajaan Selangor dan Majlis Peguam hari ini.

Bagaimanapun, di permulaan sesi inkues pada jam 10.35 pagi ini, peguam yang dilantik kerajaan, Tan Hock Huan, yang membantu koroner Azmil Muntapha Abas, memaklumkan bahawa Dr Khairul tidak sihat dan tidak dapat hadir hari ini.

Dr Khairul sebelum ini memberitahu beliau merasa tidak sihat dan sakit tekak ketika memberi keterangan semalam.

Tan juga berkata, seorang lagi pakar pathologi, Dr Prashant Naresh Semberkar, yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Teoh bersama Dr Khairul, juga tidak sihat dan tidak dapat memberi keterangan hari ini.

Koroner Azmil kemudiannya bersetuju supaya kedua-dua saksi tersebut memberi keterangan pada hari lain, kemungkinan esok.

Inkues hari ini akan diteruskan dengan mendengar keterangan pegawai polis yang pertama tiba di tempat kejadian. Anggota pasukan forensik polis juga dijangka dipanggil memberi keterangan hari ini.

Manakala di dewan mahkamah pula, ramai memakai penutup muka, termasuk Tan dan beberapa wartawan yang membuat liputan, ekoran wabak influenza A (H1N1) sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: