Skip navigation

PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (SELASA)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini (Selasa, 11 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini selepas pasukan DNA dan forensik menjalankan ujian di Plaza Masalam, Shah Alam semalam.

2.57 petang: Permintaan Gobind dibenarkan. Prosiding akan dimulakan pukul 10.30 pagi esok.

2.55 petang: Peguam Gobind memohon agar prosiding dimulakan pukul 10.30 pagi esok kerana beliau perlu hadiri kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

2.50 petang: Prosiding disambung semula selepas berehat 1 tengah hari tadi. Peguam mewakili kerajaan Tan Hock Chuan memaklumkan koroner bahawa sakse ke-10, Dr. Khairul tidak berapa sihat. Beliau memohon supaya saksi tersebut menyambung keterangan esok pagi.

12.35 tengah hari: Dr.khairul berkata tidak terdapat kesan kecederaan akibat pergelutan ketara pada si mati. Juga tidak terdapat tanda-tanda kecederaan ketara akibat menangkis serangan di bahagian luar tangan.

12.20 tengah hari: Dr. khairul memaklumkan berdasarkan siasatan, sebab kematian adalah disebabkan jatuh dari tempat tinggi. Dr. Khairul jelaskan si mati dipercayai mendarat (jatuh) dengan keadaan kakinya, ia lebih pada kaki kanan dan dipercayai badannya sedikit condong ke kanan, punggung juga mungkin jatuh bersama… mungkin kemudian, mungkin serentak.

12.10 tengah hari: Dr. khairul memberitahu mahkamah mayat turut mengalami keretakan di bahagian leher.

12 tengah hari: Saksi ke-10 juga memaklumkan terdapat pendarahan di bahagian rongga dada sebelah kanan, juga pendarahan di bahagian paru-paru kanan.

11.50 pagi: Saksi ke-10 memaklumkan hasil pemeriksaan dalaman menunjukkan terdapat kerosakan di tulang tengkorak mayat Teoh.

11.30 pagi: Prosiding disambung semula, saksi ke-10 meneruskan keterangan.

10.40 pagi: Mahkamah berehat selam 30 minit.

10.35 pagi: Ketika ini saksi ke-10, Dr. Khairul masih memberi keterangan berdasarkan pemerhatian luar mayat samasa bedah siasat.

10.04 pagi: Peguam Gobind Singh mempersoalkan keterangan saksi ke-10 ini berlaku sedikit percanggahan dan tidak lengkap. Percanggahan berlaku apabila saksi beri keterangan dalam bahasa Melayu, tetapi laporan rasmi dalam bahasa Inggeris. Ada beberapa bahagian yang diterjemahkan tidak begitu lengkap. Peguam krajaan negeri dan peguam Majlis Peguam juga bersetuju dengan Gobind. Bagaimanapun koroner meminta supaya saksi yang memilih untuk memberi keterangan dalam bahasa Melayu supaya buat terjemahan yang betul. Malah saksi juga dibenar untuk menggunakan kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

9.32 pagi: Saksi yang ke-10, Dr. Khairul Azman Ibrahim, 51, perunding kanan Bahagian Forensik Hosptital Tengku Ampuan Rahimah Klang dipanggil.

9.30 pagi: Mahkamah diberitahu oleh peguam bela dan penguam cara Tan Hock Chuan bahawa hasil siasatan semalam mendapati kesan seperti darah yang terdapat di antara tangga tingkat 14 dan 15 adalah negatif – bukan darah. Bagaimanapun hasil penemuan empat helai benang di koridor tingkat lima yang dipercyai dari seluar si mati perlu diuji. Tan meminta kebenaran mahkamah supaya seluar si mati yang kini menjadi bahan kes mahkamah dibawa ke makmal untuk diuji. Mengenai permohonan Tan semalam untuk mengecualikan 23 saksi yang tidak berapa penting, koroner tiada bantahan namun ia tertakluk kepad kemajuan siasatan.

9 pagi: Prosiding inkues bermula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: