Skip navigation

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai pemimpin ‘pengecut’ dan tidak menghormati hak rakyat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan membenarkan sesuatu perhimpunan aman dilakukan di stadium.

Zambry dipetik sebagai berpendapat, perhimpunan menuntut pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal diadakan di Stadium Perak anjuran Dewan Pemuda Perak akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram dan untuk memenuhi keseronokan semata-mata, lapor sebuah portal berita online tempatan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, Zambry mengeluarkan kenyataan demikian kerana khuatir kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak akan terjejas.

“Beliau tidak dapat menerima kenyataan akan menghadapi lebih ramai penyokong yang membantah pelantikannya sebagai Menteri Besar dan menyeru agar DUN Perak dibubarkan segera.

“Beliau juga menafikan hak demokrasi rakyat untuk berhimpun menyuarakan ketidakpuas-hatian terhadap sesuatu perkara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Katanya, Zambry mesti menghormati hak dan perasaan rakyat kerana apa jua tuntutan menggambarkan aspirasi yang mereka diingini.

Dalam pada itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, cadangan Najib untuk membenarkan sesuatu perhimpunan aman dilakukan di stadium adalah sesuatu yang tidak ikhlas.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya takut berhadapan dengan rakyat yang lantang menyuarakan hak mereka. Pada hakikatnya mereka sebenarnya tidak mahu apa jua perhimpunan rakyat menentang sesuatu dilakukan.

“Mereka bimbang lebih banyak lagi penyokong yang turun dan kedudukan kerajaan akan terancam,” katanya.

Tian Chua berkata, tidak semua perhimpunan aman sesuai dilakukan di stadium sebagaimana yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.

“Contohnya, jika rakyat hendak menghantar memorandum menolak keganasan Israel terhadap Palestin, demonstrasi lebih sesuai diadakan di hadapan bangunan kedutaan berkenaan,” katanya. -SH

http://greenboc.blogspot.com/2009/08/era-najib-altantuya-zambry-pengecut-pkr.html

One Comment


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: