Skip navigation

Suspek pengganas Noordin Mohammed Top dibunuh: TV

Suspek pengganas Noordin Mohammed Top dilaporkan terbunuh apabila pasukan polis tindakan khas menyerbu tempat penyembunyiannya di Jawa Tengah selepas mengepungnya selama 17 jam sejak semalam.

Stesen televisyen tempatan – Metro TV – berkata dia terbunuh dalam operasi tersebut, tetapi pihak polis belum mengesahkan laporan tersebut, dan hanya mereka mereka percaya Noordin adalah salah seorang daripada empat penghuni sebuah rumah yang diserbu di Jawa Tengah itu.

Wartawan AFP berkata, dia nampak sekurang-kurangnya tiga mayat dibawa keluar dari rumah tersebut dan pihak polis pula dilaporkan berjabat tangan sesama mereka meraikan kejayaan tersebut, apabila muncul dari rumah berkenaan selepas berjam-jam bertempur dan bunyi letupan.

Polis juga mengumumkan penangkapan lima orang yang dipercayai rakan Noordin dan kematian dua orang lagi yang dipercayai pengebom berani mati, dalam satu lagi serbuan di sebuah rumah di luar Jakarta.

Pasukan polis tersebut menyerbu ke tempat persembunyian itu di Jawa Tengah selepas mengepungnya sejak semalam, ekoran dua insiden pengeboman hotel di Jakarta bulan lalu yang mengorbankan tujuh orang.

Noordin yang dilahirkan di Malaysia dan berusia 40 tahun, dipercayai menjadi dalang serangan tersebut serta tiga insiden pengeboman berani mati terhadap sasaran rakyat Barat di Indonesia yang mengorbankan 40 orang dan beratus lagi cedera.

Polis mengepung rumah tersebut sejak petang semalam selepas menangkap dua orang dekat sebuah pasar yang dilaporkan bersaudara dengan penyewa rumah tersebut.

Serbuan tersebut merupakan kemuncak siri operasi dan penangkapan untuk mengesan Noordin – orang yang paling dikehendaki selepas serangan bom pada 17 Julai lalu di Hotel Marriot dan Ritz-Carlton. Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: