Skip navigation

Demo ‘Bubar Dun Perak’ ikut saranan PM – Nizar

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) – Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

“Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan,” kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

“Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.

Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan ‘Bubarkan Dun Perak’ akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.

“Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.

“Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak,” katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak. – azm _

2 Comments

    • MENGERASI NOT DEMOKR
    • Posted August 8, 2009 at 11:15 pm
    • Permalink
    • Reply

    DEMOKERASI BUKAN MENGERASI…MEMAKSA
    Manusia / Pemimpin yang mewarisi cara hidup bekas penjajah / England…tetapi dapat pula gelaran sebagai pejuang kemerdekaan….mereka ni ditimpa DOUBLE PERASAN..padahal warisan cara hidup penjajah tu dah lapok…penjajah tu pun dah tak pakai lagi way of life tersebut…mereka ada sistem DUA PARTI DAH…kita masih nak pegang lagi dan paksa rakyat patuhi…sambil kita menjerit2…horay..kita dah MERDEKA…kita sepatutnya pakai Islam is a way of life…tak namakan Islam pun tak apa…takut alergic…ketelusan kebersihan. kejujuran kemuliaan hati..jangan hanya pandai SURUH PENJAWAT AWAM… nak tangkap dan pukul orang AWAM tak pasal2…mentang2 kita berkuasa…pendek kata demokerasi kita makin menuju ke arah kemanusiaan….bukan kehaiwanan..atau kejinan…keiblisan….kereta 50 tahun dulu adakah kita terliur MINAT nak bawa pergi makan angin hari raya lagi sekarang ni…macam tu lah sistem demokerasi kita…rakyat bukan menderhaka…tetapi hendakkan penambahbaikkan…betul2lah buat PENAMBAHBAIKAN..jangan hanya menjerit hunus keris retorik sahaja setiap 31 Ogos saban tahun…

  1. saya sokong pendapat anda


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: