Skip navigation

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) – Polis telah memulakan tangkapan ke atas orang awam yang disyaki akan menyertai demonstrasi aman Himpunan Mansuh ISA bagi menyerahkan memorandum memansuhkan ISA walaupun himpunan rasmi belum bermula.

Harakahdaily dimaklumkan, tangkapan telah bermula sejak petang semalam. Menurut sumber, mana-mana orang awam yang dilihat memakai atau membawa identiti berkaitan himpunan telah ditahan oleh pihak polis.

Sementara itu, seorang aktivis dari Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Nor, 27, memaklumkan bahawa tangkapan juga sedang berlaku di Masjid Negara.

Ujarnya, beliau melihat pihak Unit Simpanan Persekutuan telah ada mengawal perkarangan masjid sejak sebelum subuh lagi. Walaubagaimanapun, sejak jam 7.30 pagi tadi pihak polis telah bertindak menangkap orang awam di sekitar masjid tersebut yang memakai identiti sebagai peserta himpunan.

Malah menurutnya, pihak polis turut bertindak menutup pagar masjid selain sekatan ketat dilaluan berhampiran. katanya lagi, pihak polis juga menangkap golongan muslimat dan para peniaga yang dilihat mempunyai kaitan dengan perhimpunan.

Sementara itu, sumber dari staf Transit Aliran Ringan (LRT) memaklumkan, perkhidmatan LRT akan berjalan seperti biasa, bagaimanapun mulai jam 10.00 pagi, LRT tidak akan berhenti di beberapa stesyen antaranya Masjid Jamek, Bandaraya dan Plaza Rakyat. Pun begitu, ianya bergantung kepada perubahan semasa./wann_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: