Skip navigation

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut ‘pergi jahanamlah dengan Umno’ kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

“Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

“Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

“Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

“Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

“Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri,” tambahnya. – mj _ Harakah http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21942&Itemid=1

One Comment

  1. Ayat 88 Surah Yunus: Nabi Musa Pernah berdoa “Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuuam kami, akibatnya mereka menyesatkan (manusia)dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tadak beriman hingga mereka melihat siksa yang pedih”

    Kalau seorang rasul pun boleh berdoa sebegitu, apa pulah kita manusia biasa?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: