Skip navigation

Mimpi Manohara !

Manohara Fackhry tidak akan datang ke Kelantan sekiranya tak ada jaminan keselamatan terhadap dirinya tapi pada waktu yang sama akan menuntut Tengku Temenggong Suaminya sepuloh kali lipat daripada yang TT tuntut. Manohara juga menyerah kepada Tuhan sama ada menang atau pun kalah dalam pengadilan, bererti Manohara juga percaya Tuhan.

Maka terbuktilah bahawa Manohara sebenarnya sengaja tidak mahu datang ke Kelantan untuk hadir perbicaraan di mahkamah Syariah, sekiranya dia mahu, tidak timbullah soal keselamatan kerana Tuhankan ada. Alasan keselamatan adalah tidak berasas kerana Manohara tahu bahawa dia akan kalah dalam perbicaraan nanti dan dia terpaksa menerima hukumannya, itulah yang membuat dia takut banar.

TT tidak main-main untuk mengambil tindakan bagi membersihkan namanya, bukan mencari wang melalui saman dan dakwaan terhadap isterinya, apa yang TT lakukan adalah untuk memberi pengajaran kepada Manohara supaya kembali taat kepada suaminya sama ada dari hukum Islam ataupun dari pengadilan undang-undang dunia. Isteri mesti taat kepada suami.

TT juga tahu isi hati sebenar Manohara terhadap dirinya, walau pun pahit untuk TT mengingati perbuatan isterinya Manohara terhadap beliau, tapi TT masih bertahan untuk tidak memburukkan nama Manohara kerana sehingga kini Manohara masih menjadi isterinya yang sah. Belum tentu apa kesudahannya. Tuhan maha mengetahui segala-galanya.

Satu hari nanti Manohara akan muncul juga di Kelantan, sama ada kembali taat kepada suami atau datang mengambil wang yang menang tuntutan pengadilan seribu kali lipat seperti yang disuarakan oleh peguam Manohara, Farhad Abbas atau menjalani hukuman PENJARA kerana berbohong dan menfitnahkan suaminya Tengku Temenggong Kelantan.

Yang pasti, Manohara tidak boleh lari dari menghadirkan diri untuk perbicaraan, sekiranya dia tidak hadir maka Mahkamah boleh memutuskan hukuman dan sekiranya Manohara didapati bersalah, beliau terpaksa menjalani hukuman di Malaysia kerana Malaysia dan Indonesia ada kesepakatan untuk melaksanakan hukum di kedua-dua negara.

Bayangkan apabila Manohara berada dalam PENJARA sebenar. Tidak seperti Penjara yang dia tuduh terhadap TT kerana penjara TT itu membolehkan Manohara keluar shooping, bersantai, makan enak, naik mobil mewah ada pembantu dan pengawal peribadi, dipayung, diiringi dan malam diulik dan dibelai sehingga terlena. Itulah mimpi sebenar Manohara.

Manohara sebenarnya menjadi mangsa CEMBURU Dewi Seri Asih dan ANTAGONIS Dasiy Fajarina serta IDAMAN Pinot Odeliat. Kalau dapat dilihat hati Manohara, sebenarnya Manohara menyesal ada ibu seperti Dasiy Fajarina ada kakak seperti Dewi Seri Asih dan ada Ayah tiri seperti Pinot. Manohara sangat teringin ada suami seperti TT.

http://toughlane.blogspot.com/2009/07/mimpi-manohara.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: