Skip navigation

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) – Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

pic06104pic06104
pic06104pic06104

Image

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato’ Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.

Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). – mks. _

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021935&Itemid=85

One Comment

  1. Kalau nak cepat kaya di Malaysia….ada perniagaannya…buka kedai judi…buka kedai sundal…buka kedai arak..buka kelab samseng…buka bank ALONG…..buka kedai dadah..buka kedai vedio lucah,,,buat tol kutip duit haram dilesenkan..INILAH PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN ZAMAN JAHILIYAH MODERN SEKARANG…maka ahli politik pun terpaksa tunduk dengan perniagaan itu semua…bila ahli politik sepatutnya berkuasa TETAPI TAK KUASA…maka pegawai kerajaan, hakim dan ketua masyarakat pun…kata… saya menjalankan tugas sahaja …apa boleh buat…tahi kambing memang bulat2…SEBAB ITULAH…Allah suruh…AMAR MAKRUF DAN DAN DAN DAN NAHI MUNGKAR…jangan AMAR MAKRUF SAHAJA…wahai mufti2 sekelian…malangnya ahli politik yang banyak peluang bercakap dikhalayak ramai…JARANG2 KADANG2..LANGSUNG TAK ADA …bercakap fasal KEINDAHAN ISLAM di depan orang BUKAN Islam takut dituduh TERRORIST ISLAM takut dipanggil nak jadi ustaz ke? ALLAH BAGI PELUANG 50 TAHUN..untuk kita tunjuk kebaikan Islam TETAPI yang MELAYU ISLAM itulah yang BUAT TAHI.. perkara yang dilarang oleh Islam…itulah yang dibangga2kan..yang tak tutup aurat tulah yang dihebatkan…yang tak sembahyang tulah yang cepat naik pangkat..yang memekik terlolong di pentas hiburan tu lah yang diglamorkan…

    Bila ada ulama yang tak berparti ( Dr. Haron Din ) tegur…
    seluruh kekuatan parti ( Zaman PM terpandai / terPandir kot..) dari pucuknya sampai ke akar umbi mengutuk HARON DIN…Apakah HARON DIN tu bukan Melayu / Islam? Dia nak selamatkan Melayu Islam…maka jangan salahkan ulama itu masuk parti tertentu…SEKARANG KITA SEMUA kena terimalah BALA dari Allah akibat 50 tahun kita melawan Allah…memang negara kita tak kena tsunami, gunung berapi, gempa bumi….TETAPI Nabi Muhammad kata : Kecelakaan / BALA itu adalah AKHLAK YANG BURUK …nak tidur malam pun terpaksa pastikan 10, 20 tingkap pintu dan segala lubang berkunci….SUNGGUH AMAN DAMAI MALAYSIA…itu pun belum tentu boleh tidur nyenyak…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: