Skip navigation

‘Drama sebabak’ Radhi-Shazlin di luar Mahkamah Syariah
Radhi dan Shazlin saat bersemuka untuk meleraikan permasalahan mereka di hadapan media. -foto mStar oleh SITI AZIRA

KEDUA-DUANYA menunjukkan ego masing-masing bilamana Radhi OAG enggan menceraikan isterinya, Shazlin Shariff tetapi dalam masa yang sama si isteri sanggup ‘bersumpah’ membuat hubungan dengan lelaki lain semata-mata ingin diceraikan.

Ego dan kemarahan yang meluap-luap dalam diri mereka itu akhirnya mencetuskan satu perbalahan kecil yang berlangsung kira-kira 30 minit di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Ketika Shazlin sedang ditemubual oleh pihak media, Radhi tiba-tiba menyerang isterinya itu ekoran menafikan dia tidur dengan lelaki yang dikenali sebagai Izat itu.

“Dia (Izat) kawan saya tapi tak pernah tidur dengan dia. Saya memang pergi rumah dia tapi beramai-ramai. Saya cakap macam tu sebab nak awak lepaskan saya.

“Saya memang tipu dan nak awak lepaskan saya,” kata Shazlin dengan nada tinggi kepada Radhi.

Radhi pula menempelak, “Tetapi kenapa saya nak berjumpa dengannya tetapi dia tak nak? Dia takut la tu..”

Shazlin membalas mempertahankan Izat yang diakui sebagai kawannya itu, “Dia tak buat salah dan tak takut.”

Shazlin cuba untuk meleraikan pergaduhan itu dengan memberitahu dia mahu beredar kerana mempunyai kerja lain.

Namun, Radhi masih belum berpuas hati dengan tindakan Shazlin sehingga meminta wanita itu menghubungi Izat untuk bersemuka dengannya.

Shazlin yang cuba menghubungi lelaki itu bagaimanapun gagal mendapatkan Izat dengan berkata ‘Ijat (Izat) tak angkat telefon’.

Perbalahan itu berlarutan sehingga Shazlin dan Radhi mengeluarkan perkataan kasar dan biadap.

Selepas itu, sesi ‘perbahasan’ bertukar dari luar mahkamah hingga ke tempat meletak kereta.

Shazlin yang membuka pintu kereta Waja yang dinaikinya itu dihalang oleh Radhi.

Enggan mencampuri urusan mereka berdua, perbalahan itu berterusan sehingga akhirnya Shazlin mengalirkan air mata.

Namun, air mata yang menitis itu tidak menghalang Shazlin dari bertekak dengan Radhi.

Akhirnya, Shazlin beredar dari perkarangan mahkamah meninggalkan Radhi ‘terkulat-kulat’ di situ.

Radhi seronok bergaduh dengan Shazlin?

Selepas 10 bulan tidak bersemuka dengan Shazlin, Radhi berkata dia seronok dapat ‘bercakap’ dengan isterinya itu semalam.

“Saya seronok bergaduh..menurutnya (Shazlin), dia tipu pasal ada hubungan tu. Perkara tu (hubungan) membuatkan saya rasa tidak pasti.

“Dia kata memang kenal lelaki tu (Izat) tapi tak pernah tidur (buat hubungan sulit)..dia kenal sahaja..lepas tu dia marah sebab saya kecoh dengan media,” beritahu Radhi menjelaskan tentang apa yang ditengkarkan dengan Shazlin sebelum itu.

Jelas Radhi, dia hanya mahu Shazlin bersikap jujur dengannya demi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya itu.

“Saya nak dia (Shazlin) terus-terang sahaja dan tak mahu melatah..perkara dah lepas dan tiada apa yang sahih pasal apa yang berlaku (pergaduhan) tadi.

“Dia tak patut memainkan nama ‘Allah’..sekiranya dia jujur, saya tak musykil dan ragu-ragu dengannya,” luah Radhi dalam nada kesal.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Slumber’ dan ‘Generasiku’ itu turut meminta isterinya membalas setiap Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan menjawab panggilannya.

“Saya cakap padanya lepas ni tolong balas SMS dan jawab call (telefon) kalau saya nak jumpa.

“Mungkin dia dah biasa dengan stail hidup yang macam ni..dengan drama dan filem kerana rumah mertua saya selalu dijadikan studio (tempat) untuk orang berlakon,” kata Radhi.

Dia turut memaklumkan yang bapa Shazlin merupakan seorang produser filem dan memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Take One Production.

Mahu Shazlin jadi kawan

Selepas berbincang dalam suasana yang tegang, Radhi akhirnya berserah dengan apa yang berlaku antaranya dengan Shazlin.

Ditanya adakah dia akan ‘melepaskan’ Shazlin selepas ini memandangkan isterinya itu akan memfailkan kes lafaz cerai kedua dan permohonan cerai pada minggu hadapan.

“Insya-Allah…cuma dia (Shazlin) kena jujur dengan saya dan dirinya kerana ia akan memberi kesan kepada anak kami,” ujar bapa kepada Mohd Rifdhi Muslim, 4, ini dalam nada yang lemah.

Shazlin berbincang sesuatu dengan peguamnya.

Tambahnya, “Saya mohon kami menjadi kawan sahaja sebelum dan selepas (bercerai) tetapi dia kata nak berkawan lepas cerai..saya rasa masa itu (berkawan) saya boleh bercakap dengan dia.

“Saya bersedia tetapi saya nak sahkan dengan Izat terlebih dahulu tentang hal ini.

“Kalau dia berterus-terang mungkin hal ini tak jadi musykil dan jadi macam ni sebab dia menafikan tetapi akhirnya saya dapat tahu sendiri.”

Radhi juga meluahkan yang dia langsung tidak berniat untuk memalukan Shazlin dan berkali-kali bertegas berterus-terang adalah jalan terbaik.

Radhi kesal kerana tertipu dengan isterinya.

“Apa yang berlaku hari ini hanya salah faham dan tiada yang sahih…,” kata Radhi sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Menyentuh tentang kariernya, Radhi berkata kini dia lebih selesa bergerak solo kerana sekurang-kurangnya dia berjaya mengatasi masalah disiplin yang dihadapinya sebelum ini.

“Saya akui sejak ‘ribut dan taufan’ berlaku dalam rumah tangga saya, karier saya agak perlahan dan ‘tergelincir’.

“Saya memilih untuk bergerak solo kerana dalam band banyak tanggungjawab yang saya perlu lakukan tetapi apabila solo, saya dapat ‘tackle’ masalah disiplin,” akhirinya yang telah muncul dengan single ‘Infiniti’ melalui projek solonya itu.

Menurut Radhi, projek ini dibantu oleh pengarah muzik Edrie Hashim dari Neo Gendang Record.

One Comment

  1. harap bersabar…mana cantik air terjun yg mengalir tanpa batu2 yg menghalangnya..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: