Skip navigation

PETALING JAYA: Kes cerai penyanyi Radhi OAG dengan isteri, Shazlin Sharif pagi ini berlangsung dalam susasana agak ‘panas’ apabila Radhi berkata isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain.

Jelas Radhi, dia mempunyai bukti untuk menunjukkan Shazlin curang dengannya.

“Saya ada bukti SMS cinta dia dengan lelaki itu berbunyi ‘Baby, I miss you’ dan dia pun sudah mengaku tadi.

“Dia minta maaf kerana seksa saya setahun lebih dan nak saya ceraikan dia,” luah Radhi dalam nada kesal di luar mahkamah.

Tambahnya lagi, “Saya sudah tahu lama tentang hal ini dari telefon bimbit dia, tapi saya boleh maafkan sebab ia mungkin SMS saja.”

Kata Radhi lagi, dia baru mendapat tahu nama lelaki itu beberapa hari lepas yang merupakan bekas suami seorang pelakon.

Pada bulan Jun, Radhi OAG selaku defendan berdepan dengan waran tangkap buat kali kedua kerana gagal menghadiri prosiding permohonan lafaz cerai oleh isterinya Shazlin Shariff (plaintif) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Semenjak kes difailkan isterinya tahun lalu, Radhi cuma hadir sekali sahaja perbicaraan.

Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.

Plaintif memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu.

Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Mohd. Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon. http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/7/27/mstar_hiburan/20090727110345&sec=mstar_hiburan

One Comment

  1. gila ko shazlin!!!!!aku jamin ko msuk neraka jahanam!!!!dasar perempuan murah!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: