Skip navigation

mj

CALIFORNIA: Polis sudah menetapkan Raja Pop, Michael Jackson, dibunuh sebagai punca kematiannya dan akan mula mengemukakan pendakwaan terhadap pihak bertanggungjawab tidak lama lagi, lapor akhbar News of The World, semalam.

Bedah siasat penyanyi itu menunjukkan beliau meninggal dunia akibat terlebih dos suntikan ubat penahan sakit, Diprivan.

Polis memberitahu keluarganya mereka akan membuat dakwaan ke atas seorang atau lebih dalam tempoh beberapa hari lagi dan akan ada perbicaraan jenayah atas tuduhan itu.

Ia mungkin membabitkan sesiapa saja yang memberi suntikan dan mana-mana pihak yang memperkenalkan ubat terbabit kepada Jackson.

Minggu lalu, adik penyanyi itu, La Toya Jackson memberitahu News of The World, beliau tahu siapa yang membunuh adiknya.

Perkembangan mengejutkan ini didedahkan Terry Harvey, rakan lama keluarga Jackson dalam temu ramah eksklusif dengan akhbar ini.

Harvey berkata: “Bedah siasat menunjukkan Michael maut akibat penggunaan dos berlebihan Diprivan dan beberapa pil turut ditemui dalam perutnya. Dia juga mempunyai tanda suntikan pada leher dan seluruh tubuhnya.

“Pihak berkuasa memberitahu keluarganya, agensi Pentadbiran Penguat Kuasa Dadah (DEA) sedang mendesak supaya dakwaan jenayah dikemukakan.

“Ia kemungkinan pembunuhan tahap kedua, berikutan tindakan yang menyebabkan kematiannya. Mereka yakin seseorang atau mungkin lebih dari seorang perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

“Keluarga penyanyi itu bekerjasama dengan DEA dan Jabatan Polis Los Angeles untuk memutuskan doktor yang memberi ubat kepada Michael dan sejak bila.” – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: