Skip navigation


AMRI bergelut dengan Anderson.

‘Saya gembira rembatan jarak jauh itu masuk’

AMRI Yahyah jelas bertukar menjadi idola bola sepak baru peminat tempatan, semalam – segala-galanya menjurus kepada dua gol oleh pemain perancang itu yang membolosi gawang gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

“Ini adalah suatu kenangan manis yang tidak akan luput daripada memori saya,” kata pemain perancang Selangor itu yang membuat United terasa cemas satu ketika dengan kelibat jaringannya sebelum Michael Owen menjadi penyelamat pelawat dengan gol kemenangan.

Apapun, secara yakin dia menyuarakan gol pertama minit ke-45 ketika menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar tidak mengejutkan kerana dia tahu pemain tinggi lampai dari Belanda itu gemar keluar daripada garisan dan dia berjaya menghukumnya.

“Saya sudah membaca gerakannya (Edwin) dan gembira rembatan jarak jauh itu masuk ke dalam jaring. Gol kedua dijaringkan selepas saya melihat Ben (Foster) tersalah langkah dan dia tak dapat kejar bola. Jadi, saya mencuri kesempatan itu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurulatih K Rajagobal enggan terbawa-bawa dengan kejayaan meledakkan dua gol menentang United, semalam.

PENYOKONG Malaysia berjiwa United.

Menyingkap sejarah, barisan terbaik ‘Harimau’ yang dibarisi Rajagobal sendiri, Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh hanya mampu menjaringkan satu gol pada 1981 dalam kekalahan 3-1 disusuli dengan dua perlawanan persahabatan Selangor menentang United pada 1995 yang berakhir dengan kekalahan 6-1 dan 4-0.

Pertemuan pada 2001 menyaksikan Malaysia akur 6-0 kepada pasukan bintang yang diketuai David Beckham.

“Saya tidak mahu terbawa-bawa dengan keputusan ini, Ia hanya satu perlawanan dalam rangka persiapan (Sukan Sea Laos).

“Pemain perlu diberi masa tingkatkan keyakinan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: