Sepanjang menjajah Malaysia, UMNO-BN telah membuktikan kemampuan mereka dalam menentukan semua kehendak mereka tercapai. Rekod kejahatan UMNO-BN itu masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana parti dalam dunia.
Maka apakah ada harapan bagi rakyat Malaysia untuk bebas daripada pemerintahan authoritarian dictatorship UMNO-BN yang dah berusia 52 tahun?
Sekali lagi elok diingatkan bahawa tiada yang mustahil. UMNO-BN boleh dikalahkan. Mereka bukan Tuhan. Mereka hanya manusia biasa sama seperti Namrud, Firaun, Napoleon Bonaparte, Mussolini, Gorbachev, Shah Iran, Ion Antonescu dan Marcos.
Persoalannya ialah bagaimana untuk menewaskan mereka?
Setakat ini rakyat tak ada banyak pilihan. Perlawanan dari sudut perundangan hanya boleh berlaku di mahkamah. Maka apabila ada kes yang bersifat perundangan, mahu tidak mahu terpaksalah juga rakyat merujuk ke mahkamah seperti kes-kes yang melibatkan krisis politik di negeri Perak. Walaupun dalam keadaan ‘harap ada, percaya tiada’, rakyat terpaksa juga mengheret UMNO-BN ke mahkamah. Mudah-mudahan akan sampai masanya hati yang arif hakim-hakim akan terdetik untuk mendaulatkan undang-undang.
Selain daripada mahkamah, jalan yang masih ada ialah pilihanraya. Itu pun dalam keadaan serba tidak adil. Dari sudut undang-undang pilihanraya sehingga kepada kesaksamaan hak berkempen, semuanya berat sebelah. UMNO-BN juga telah membuktikan kesanggupan mereka memanipulasi semua jentera kerajaan untuk tujuan menang pilihanraya. Pengundi hantu terus wujud walaupun mereka sejuta kali menafikannya. UMNO-BN boleh menang besar di kawasan yang ada penempatan tentera. Polis sibuk menjadi mata, telinga, kaki dan tangan UMNO-BN dalam keadaan penjenayah bermaharajalela di merata pelosok negara.
Tetapi setakat ini kita masih mampu menang di beberapa kawasan bahkan semakin memberangsangkan ketika PRU12 sehingga berjaya membentuk kerajaan di lima buah negeri. Majoriti dua pertiga BN di Parlimen pun dapat dinafikan buat kali yang pertama.
Realiti ini memungkinkan lambat laun rakyat akan berjaya menumbangkan paksi kejahatan Malaysia yang bernama UMNO-BN itu.
Selain daripada dua cara ini mungkin ada yang terfikir bahawa rakyat perlu bangkit dengan lebih agresif seperti kebangkitan di Iran, Filipina, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya realiti Malaysia agak jauh berbeza daripada negara-negara revolusi itu. Persekitaran Malaysia unik dan tersendiri. Yang paling pasti ialah gerakan ke arah itu akan dipatahkan dengan pantas oleh UMNO-BN. Mereka adalah pakar membendung kebangkitan fizikal. Kalau ada yang berani bersuara sepatah dua mengajak rakyat ke jalanraya atau ke Putra Jaya, usia suara itu tak akan lama. Kem Kemunting dan pagar besi penjara akan menyambut yang empunya suara.
Ada yang mengherdik kenyataan seperti ini sebagai pengecut, bacul dan pondan. Namun inilah realiti. Majoriti rakyat Malaysia belum cukup berani menanggung risiko bergurau senda dengan penjara atau bermain-main dengan nyawa. Walaupun rakyat sama-sama melaungkan “kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan” (pinjam kata-kata DSAI), namun risiko yang disanggupi oleh rakyat Malaysia hanya terbatas pada saiz yang kecil dan sederhana. Mungkin kerana sejarah dan persekitaran semasa yang unik dan tersendiri itu.
Sementara kesanggupan itu belum lahir, pilihan yang ada hanya mahkamah dan pilihanraya. Sementelah mahkamah kelihatan tidak mesra rakyat maka tinggal hanya satu cara yang ada iaitu pilihanraya. Memang pilihanraya bukanlah kaedah yang boleh menjamin kemenangan rakyat tetapi setakat hari ini hanya itulah satu-satunya kaedah yang boleh dilagang dan dicuba.
Maka rakyat perlu serius dalam urusan pilihanraya. Pakatan Rakyat perlu very smart dalam hal pilihanraya. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang taktikal dan strategi. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang isu dan propaganda. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang jiwa, minda dan persepsi.
Rangkalah taktik dan strategi terbaik. Uruslah isu dengan sempurna. Sentuhlah jiwa dan minda pengundi supaya persepsi positif dan negatif mereka terarah ke tempat yang betul.
Pengurusan seni pilihanraya adalah pengurusan yang complicated dan mencabar. Ia bukan medan retorik dan bombastik. Ia bukan medan angan-angan dan percaturan syok sendiri. Ia bukan gelanggang ajaib atau medan jampi mentera. Ia bukan medan tempur peluru tabur. Ia bukan gelanggang ‘sembang pandai’. Ia bukan medan teori dan andaian. Ia bukan medan tunjuk dan tuding. Ia bukan medan suruh dan perintah semata-mata.
Pemimpin wajib merakyat. Rakyat wajib memimpin. Yang banyak teori ayuh turun ke gelanggang. Menonton dari atas grand stand tak sama dengan berlari dan menggelecek di atas padang. Kalau anda nampak yang ini tak betul yang itu tak tepat, dipersilakan turun ke lapangan. Bukan sekadar untuk tunjukkan yang mana tak betul dan tak tepat, tetapi tunjukkan bagaimana yang betul dan bagaimana yang tepat. Bukan sekadar tunjukkan, tetapi buat yang betul dan tepat itu untuk dilihat, difahami dan dicontohi oleh rakan-rakan yang telah lama berada di atas padang di dalam gelanggang.
Rakyat mampu menewaskan UMNO-BN!
Melayu Hari Ini
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu


