Skip navigation

Silver catfish (Pangasius hypophthalmus)

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut.

170920132321

Umpan paling ringkas dan senang
Minyak Ara Strawberry 10 penutup
Dedak 929 1kg
Roti Gardenia potong dadu

170920132322

Umpan 1

Umpan nie besenyer utk perangkap patin. Campuran Roti gardenia dgn Perisa pandan mmg tarik minat patin. Ikan2 lain2 tak tau la minat ke tak ngan umpan ni, tp talapia ngan rohu agak suka jgk. Roti yg nk kene guna mmg roti gardenia & perisa selain pandan pun bole nk guna misalnye pisang, strawberi & lain2 la ikut kreativiti korang.

1.roti gardenia potong dadu dalam separuh plastic and taruk dalam baldi.

2.amik perisa pandan campur air skit isi dalam penyebor (yg biasa org wat sembor baru masa iron baju tu)

3.sembo perisa pandan tadi kat roti potongan dadu yg dalam baldi td secukup rasa.jgn terlalu byk sgt takut nnti roti kembang And jd lembik.

4.amik 2-3 ketoi roti potongan dadu td And masukkan kat mata kail(mata bom).isi kat sume mata rambai tu.

5.amik dalam segengam roti potongan dadu td and buat bom kat mata rambai td.
pas 2 ape lg baling la kat pot yg menarik.

Umpan 2

Ambil dedak dinding dan campurkan dengan benda2 berikut: perut ayam direbus sehingga hancur, tos air rebusan (air rebusan jangan dibuang semuanya, ambil sedikit) dan telur ayam. keringkan betul2 perut ayam tadi dan diblender sehingga lumat. campurkan dedak 929, perut ayam blender, sedikit air rebusan tadi dan telur ayam mentah. telur ayam akan memberi bau hanyir dan menyebabkan dedak tadi melekat dengan kuat.

Umpan 3 ( sesuai untuk kolam je)

BAHAN-BAHAN UMPAN YOGURT, CARA-CARA ADUNAN & PENGGUNAAN

1) YOGURT NATURAL MARIGOLD        (2 CAWAN)
2) KUNING TELUR AYAM                         (4 BIJI)
3) PERISA PANDAN/PISANG STAR      (3 TUTUP)
4) PATI PANDAN EMULCO                        (10 PENUTUP)
5) MOURIPAN                                                 (1PEKET)

cara-cara adunan :
mudah je… tak byk step…

bahan-bahan 1,2,3,4,5 diadun sekali-gus.
adun hingga sebati.

dah siap, masuk dalam botol / sprayer, Peram 1 hari.
JANGKA HAYAT UMPAN NI IALAH : 1 MINGGU
KEYAKINAN IKAN MAKAN : 80%
*ini adalah sejenis umpan PERAM SEGERA, sesuai bagi mereka yg tidak mahu menunggu PERAM 5-7hari @ lebih.*

cara-cara penggunaannya:

Semburkan samarata pada 1 peket roti telah dipotong dadu, kemudian ambil PATI PANDAN 3penutup botol, taburkan di atas roti & adun samarata. SIAP.

Guna perambut “V”, cangkukkan setiap dadu roti pada setiap matakail… kemudian..
matakail pertama : kepal kecil sebesar ibu jari kaki, jangan kepal keras.
matakail kedua    : kepal besar sebesar penumbuk budak 2tahun, jangan kepal keras, kepal keras roti pada pangkal tali, fungsi sebagai stopper.
dah siap…. baling di bahagian kocakan ikan….

Umpan 4

PATIN
1. DEDAK 926+ DEDAK BOM CAP KEPALA HELANG+PATI PANDAN SIKIT
2. ROTI GARDINEIA + PATI PANDAN +PATI STRAWBERY+ HAMPAS KELAPA GORENG JANGAN BAGI HANGUS MAURIPAN N PERAM DUA HARI

PACU
1.CACING
2.HATI AYAM
3.DEDAK BOM KEPALA HELANG

ROHU
DEDAK 929+DEDAK MERAH KEPALA HELANG +MATA RAMBAI TALI WARNA MERAH (ROHU BERANGIN NGAN WARNA MERAH)

TALAPIA
1. PALET
2.CACING
3.PERUT AYAM

Umpan 5

umpan patin

patin 13.8kg dengan umpan roti+kelapa tempe

assalamualaikum dan salam sejahtera. ramainya yang bertanya tentang umpan patin. ni saya bagi satu yang paling best dan selalu saya gunakan. khas bagi pembaca blog yang setia.
umpan patin ni dah lama saya gunakan. tak pernah menghampakan kecuali kalau dalam pertandingan.pernah dapat banyak kali jackpot dan dapat patin terbesar 13.8kg. pernah dapat 15 ekor patin 5kg keatas sehari memancing. paling banyak 21 ekor dalam masa 4jam. itu dulu….

ramuannya
1. sebiji kelapa tua. kalau boleh cari yang dah bercambah. bila dipecahkan isi kelapa seakan berminyak dan sedikt kehitaman. kengkadang saya gunakan kelapa cambah yang dah bercambah sekaki tinggi. lagi power!!!

2. tempe 2 biji. tempe tu cari yang baru. kalau dipegang rasa panas. kalau dah sejuk tak payah guna sebab bau umpan akan jadi busuk

3.perisa pisang cap ros. boleh gunakan jenama yang lain tapi tak sama powernya

cara pembuatannya
ambil santan dari kelapa tadi. masa perah kelapa campurkan secawan air . gunakan air yang takde klorin macam air R.O, air mineral ataupun air suling. air kolam dan air paip tidak digalakkan.

blender tempe dan santan kelapa tadi bersama-sama. bahan tadi akan menjadi pekat seakan krim. kalau cair selalunya tak jadi. masukkan bahan tadi dalam botol tahan tekanan seperti botol air gas (coke dll). isikan separuh botol atau tiga suku botol sahaja. jangan isi penuh. (paham-paham sudah)

biasanya saya akan biarkan selama 3 hari baru guna. kengkadang malam buat pagi guna pun mujarab terutamanya kalau ikan baru masuk.
umpan ni boleh dia adjust untuk main pacu dan patin besar. caranya ialah mencampurkan beberapa titik perisa pisang cap ros tadi dalam ramuan tu.
cara guna. main dengan gunakan roti dadu. macam biasa la.
ok selamat mencuba.

Umpan 6

Bahan-bahannye
1-tapai ubi(cari kat pasar malam) 1 bungkus
2-air soya 1 tin
3-tempe 1 pek
4-tauhu 1 ketul
5-mauripan
6-ragi(separuh)

cara-caranye
Dimulakan dengan bismillah
-bahan 1 hingga 4 blender sampai hancur
-masukkan bahan tadi kedalam botol yg keras..cth 100plus botol besar
-lepas tu masukkan mauripan satu peket
-tutup dan goncangkang sampai sebati
-harus diingat mauripan akan aktif jadi goncang bila rasa botol dah keras buka tutup pelan2 buang gas
-ulang sampai gas dah kurang
-masukkan ragi yg dihancurkan sampai halus dan goncang bagi sebati dan buka tutup buang gas sebelum peram
-peram nak elok amik plastik itam dan elok diperam dalam tempat gelap(almari atau cabinet dapur)
-peram dalam 3 ari..tempat yg nak peram tu lau leh tempat yg tak dibuka2 pintunye..huhu

kalo jadi korang akan dapat bau masam ..huahua ada bau hapak skit tapi bukan busuk la
cara nak sediakan senang je…potong roti dadu..kelapa parut skit dan masukkan perisa..biasa saya pakai strawberi paste(beli kat kedai jual barang buat kek)….goncang2 sampai sebati perasa ngan roti….baru masukkan inti tadi skit2 sampai strawberi paste tadi bau masam2 wangi…hua2…

resepi kedua ni mudah skit tapi lambat pacak…

bahan-bahan
1-kelapa parut sebiji ambil putihnye je
2-mauripan/MOI
3-kordial jagung atau laichi cap daun(logo daun)

caranye kelapa tu gaulkan dengan mauripan sampai sebati dan ikat plastik peram kat tempat gelap gak lau leh dalam almari..peram dalam 3 atau 4 jam…nanti kelapa tu bau masam..lau tak jadi die jadi bau busuk…lepas tu potong roti dan amik kelapa masam tadi gaulkan ngan roti..buat sampai ada bau masam hilangkan bau roti…pastu campur jagung/laici sampai ada bau perisa tadi…lepas tu biar la dalam sejam atau lebih…nak senang jadi buat dalam plastik roti tu pastu ikat jgn bg udara masuk..lepas tu bleh la pakai lepas peram sejam atau lebih tu….

selamat mencuba lau tak dapat takde rezeki la bro…saya stakat ni tak mangkau ler guna umpan ni..lau tak jadi gak bro rojak2 la guna idea sendiri….mana tau jadi..huhuhu

Umpan 7

)  susu cair {1 TIN} (brand ape je)
2)  kuning telur itik {3BIJI}
3)  mouripan {1 PEKET}
4)  pati pandan coconut {2 tutup mineral} (pati beli kt kedai KEK)

cara bancuh :

bahan 1-3 bancuh sekali dalam botol mineral besar, goncang sampai sebati.
PERAM 1HARI.
lepas tu, ambil setengah SOS tu masuk dalam botol kecil/penyembur, campur dengan 2TUTUP PATI PANDAN COCONUT.
PERAM 1JAM.

cara guna :

curah/sembur SOS tu agak2 je kt roti, kemudian tuangkan pati pandan coconut sesedap rasa.
GONCANG hingga SEBATI.

dah siap….

Umpan 8

sediakan :
a)roti daily fresh @ apa roti sandwich ar
b)telur ayam 2 biji
c)santan
d)pati pandan coconut@ STRAWBERI

masukkan telur,santan dan pati pandan coconut kedalam bekas dan kacau sehingga sebati
massukkan kedalam botol spray dan peram seminggu.

Semua formula formula ini diperolehi dari ruang sembang…. boleh acu cuba try test….. gudluck

Umpan 9

1.perisa vanilla/pisang/pandan(salah satu)
2.santan sekotak
3.air soya sekotak (besar punya soya yeos kotak kuning)
4.roti(everyday)roti len pun xpa janji roti murah isi yg xpadat

cara membuat:
bahan 1,2 dan 3 dicampur skali(hati2 sebab bau agak tengik bila pakai perisa pisang)
dah siap masuk dlm botol/spray
roti potong dadu
lpas tu sembur kat roti..roti cakuk skt kt mata kail dan kepam sebesar penumbuk budak..

hati2 semasa membuka botol sebab ada gas yg terhasil dari campuran bahan2 tadi..nanti tersembur keluar habissssssssssssss!!!!!!!!
insyaallah…

Petua Memancing

(Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama)

 

 

Mengekalkan Kesegaran Ikan

 

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

Daun Sireh/Tembakau Rokok

 

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

 

 

Telur Rebus & Pulut Kuning

 

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.

Kunyit & Tepung

 

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

Tersesat Didalam Hutan

 

Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

 

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

Menjaga Umpan Perumpun

 

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.

Mencari Perumpun Pasir /Laut

 

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

Kasut

 

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.

Daun Ketapang

 

Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.

Langkah Batang Pancing

Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.

Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.

Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.

Meludah Umpan

 

Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

KEPADA yang telah mencuba silalah bagi tahu mana umpan yang paling berkesan…. hahahahahah

About these ads

11 Comments

  1. steady ar bang…cam best je…

  2. asalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..

    saya ingin berkongsi kepada anda tentang rahsia umpan patin yg mujarab tetapi jarang kita fikirkan umpan ini sebenarnya berkesan ..

    saya sudah mengikuti petua2 dan umpan2 seperti yg di turunkan oleh para pemancing tegar akan umpan rahsia patin, akan tetapi ramuan ini tidak berkesan setelah saya gunakan untuk memikat ikan patin liar. sawit dan buah ara juga tersenarai dalam umpan yg di gunakan, apetah lagi dedak, usus dan berbagai perisa.hampir lebih 30 kali saya menggunakan umpan dan bertukar2 resepi untuk menjerat patin liar ini.

    akhir sekali saya menggunakan cacing tanah yang di cangkukkan 4 5 ekor dalam 1 mata kail. hasilnya..ikan patin liar berjaya kami daratkan . selain itu juga ikan sperti kaloi, belida juga tidak terlepas dari menjamah umpan universal ini. akan tetapi sy ingin memberi nasihat akan waktu2 peberet ikan patin ini aktif dan rancak memburu makanan..iaitu waktu seawal pukul 10 pg hingga ke 4 ptg .. strike demi strike terjadi dan size yang kelihatan pun menjangkau 10kg keatas.

    akan tetapi jika waktu redup atau hujan, sambutan amat lah berkurangan.akhir sekali..jgn lupa gunakan umpan cacing sekiranya anda pergi memburu ikan yg anda ketahui spesisnya adalah liar . selamat mencuba .

    • universal power bait aka umpan…. CACING ….. thank bro

      • Nie satu lagi umpan patin yang aku dok guna pada tahun baru nie 2012 …. 3 jam mancing paling kurang mesti dapat 5 ekor ….. paling senang …… mudah dan ringkas xyah pening…… beli pellet 6363 (1 kg ) pastu bahagi 4 bahagian (250g la satu bahagian) pastu setiap satu bahagian campur pellet ngan perisa berbeza…. bahagian pertama perisa pisang 2 tutup , bhagian kedua perisa pandan 3 tutup, bahagian ketiga perisa stobery 3 tutup , bahagian ke empat perisa vanila 4 tutup ….. setiap bahagian mesti bancuh dalam bekas berbeza….. ratakan pastu campur air panas 1/4 cawan setiap bahagian …… perap dalam sejam pastu campur kan kesemua empat bahagian dalam satu bekas…… goncang goncang kan bekas sehingga seia sekata…….. pellet mesti jadi macam span baru tuning tu betul…… main pakai spring ….. kepal pellet kat spring pastu cucuk pellet 4/5 biji kat mata kail….. xpom main perambut V pom boleh pakai jajan jagung bin bin …… mana mana lah …..biasa aku spring je…. pasal umpan nie dah jadi macam universal dah kat aku….. rohu makan tapi xgalak la….. paling suka makan pacu mega hahahahahhahahah…….. selalu kene hentam ngn pacu dulu baru patin…..

  3. bro, saya belum pernah coba umpan tsb. Tapi pasti akan saya coba. Kalau untuk ikan mas apa umpan yg jitu bro?

    • ikan mas nie ikan ape ya…. panggilan kat malaysia…..

        • Achmi
        • Posted July 21, 2012 at 10:20 pm
        • Permalink

        Ikan kap kot

        • budak cheras
        • Posted April 24, 2013 at 3:02 am
        • Permalink

        Umpan patin:
        1. Roti sedap (jgn guna gardenia sbb roti pejal)
        2. Perisa strawberry apa2 brand pn ok
        3.Mauripan + telur aym kuning 2 biji + madu 2 sudu.
        4. Guna mata bom 2 mata,1 ats,1 bwh..
        5.Dedak 929

        Cara2 penggunaan:
        1. Potong roti sedap dadu
        2. Step 2 n 3 utk pati sos digaul bersama then spray dkt roti.(Jgn byk sgt,bg basah cukup syarat je)
        3.Dedak 929 bancuh guna pati sos td,guna air secukup yg mungkin..jgn peroi sgt sbb nk bg thn lama dedak dlm kolam.
        4. Campurkan roti yg telah dispray td kt dedak yg bancuh td.
        5.Kepal dedak di mata bom atau perambut V n cangkuk roti yg gaul td kt mata kail.picit roti tu bg keras ckit n cmpk kt tgh kolam.
        6.Tawakal.

        Pernah cuba umpan ni,nmpk biasa tp pernah naik pacu 13 ekor,patin 1 ekor,lg 2 putus tali 4 jam mancing.lokasi pinggiran putra.bleh cuba tp xgerenti bleh naik..rezeki ada,jdla ia.sekian.sharing is caring.

      • tq bro….. jasamu dikenang….. kekekekkeke

  4. sye first time mancing,,,baru nk berjinak2 ngail ni,heheh
    nmpak best je umpan ne,,buat pn x la susah sngt,,,inshyAllah nnti sye cube,,,,ape pn thanks bebanyak coz kongsi tips2 buat umpan ni,,,almaklum la org baru,,,,klu bejaye sye info k,,,
    assalamualaikum,,,,,,,

    • Salam tuan… Kalau kali pertama nak mencuba tuan beli pelet 6363 sekilo ngn ns power hijau gambar ikan tutup mulut 2 pek.. Pelet 6363 sekilo campur air panas setengah gelas… Pastu campur ns power sepeket…. Bila nak start pancing baru campur lagi sepeket… Main mata V untuk patin.. Main spring untuk rohu… Umpan nie paling senang dan universal… Semo ikan makan… Nak lagi power tambah pandan paste secukup bau jer….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: