Ahli parlimen BN di luar mahkamah

Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas pegawai menteri besar Selangor, Yahya Shaari kelihatan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum pendakwaan dijalankan.

Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, juga berada di sana. Beliau tiba kira-kira pukul 8.30 pagi, setengah jam selepas Abd Rahman.

Yahya, bekas pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiba kira-kira 8.45 pagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual mendakwa lima orang ahli politik, pembantu mereka, dan seorang pengarah syarikat.

Kecuali Wong, empat lagi yang bakal didakwa tidak dinamakan. Kelima-lima mereka akan dituduh bawah Akta Pencegahan Rasuah dan juga Kanun Keseksaan.

Post a Comment

*
*