Monthly Archives: November 2009

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mahu satu pilihan raya kecil diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datuk Abdul Aziz Rahim memutuskan bahawa wujud keadaan khas untuk menangguhkan sementara keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil kepada suruhanjaya itu.

“Kebenaran penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi perlu diuji di mahkamah lebih tinggi,” kata Hakim Sulong selepas hampir dua jam panel tiga hakim itu mendengar permohonan yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada Selasa.

Dalam penghakiman yang dibacakan pada pukul 7.24 malam, Hakim Sulong berkata mereka telah bersetuju sebulat suara bahawa tidak ada pihak Read More »

Tawaran RM1.2 juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat berbaloi

BERAPAKAH jumlah yang anda sanggup bayar untuk memiliki sekeping wang tinggalan zaman pentadbiran Negeri-Negeri Selat? RM10 atau RM100? Bagaimana kalau harganya mencecah RM1.2 juta?

Bagi kebanyakan kita, nilai sebegitu tinggi tidak munasabah. Bagaimanapun, bagi pengumpul wang lama, kepuasan melengkapkan koleksi lebih diutamakan. Justeru, RM1.2 juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat berbaloi.

Minat mengumpul wang kertas dan duit syiling lama semakin subur di Malaysia berbanding sekitar 1990an atau 1980an. Disebabkan sudah ramai pengumpul, mendapatkan koleksi wang juga semakin sukar. Harganya juga meningkat setanding nilai Read More »

Banjir Di Kelantan Makin Buruk, 3 787 Mangsa Di Pusat Pemindahan

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan semakin buruk dengan cuaca gelap dan hujan renyai di negeri itu menyebabkan mangsa di pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,787 orang berbanding 3,303 orang semalam.

Daripada 970 keluarga dipindahkan hari ini, Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi seramai 2,008 orang dan jajahan itu termasuk kawasan Rantau Panjang, bandar zon bebas cukai berdekatan sempadan Thailand, yang terjejas teruk dalam banjir gelombang kedua sehingga ditenggelami air sedalam dua meter.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri berkata Kuala Krai pula merekodkan jumlah mangsa seramai 885 orang, Tumpat (438 orang), Tanah Merah (333 orang), Kota Baharu (63 orang) dan Machang (60 orang).

“Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Tangga Krai dan Jambatan Guillemard mencatatkan atas paras bahaya, manakala Sungai Galas berada di paras berjaga-jaga dan Sungai Lebir berada di paras amaran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak 21 jalan ditutup untuk semua kenderaan Read More »

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz didakwa menguasai saham CiMB bernilai RM30 juta.

Menurut Naib Presiden PKR, Badrul Hisham Shaharin di dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com, Nazir memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69.

Manakala, Azalina pula memiliki 400,000  unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menjelaskan bahawa jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama.

Dianggarkan Nazir-Azalina telah menjual sejumlah saham CiMB pada Read More »

Polis tarik balik permit ceramah Anwar kerana bantahan Pemuda Umno

KULAI,23 Nov: Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai malam tadi terpaksa dibatalkan selepas hanya 10 minit berucap berikutan tindakan polis menarik balik permit di saat akhir.

Punca permit ditarik adalah kerana bantahan dari kira-kira 30 pemuda Umno, kata Anwar dalam satu kenyataannya.

Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah dalam majlis itu.

“Alasan yang diberikan OCPD ternyata tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran Umno maka ianya akan dibatalkan?” kata beliau dalam kenyataannya.

Bagi beliau, adalah tidak wajar polis mengikut telunjuk Umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.

Anwar sepatutnya memberikan ceramah bersama Datuk Chua Jui Meng malam tadi namun terpaksa menghentikan program itu di pertengahan majlis.

“Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23357:polis-tarik-balik-permit-ceramah-anwar-kerana-bantahan-pemuda-umno&catid=1:utama&Itemid=50

Lebih Ramai Mangsa Banjir Di Terengganu Dan Kelantan Dipindahkan

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan secara keseluruhannya bertambah buruk malam tadi apabila lebih ramai penduduk di kedua-dua negeri itu dipindahkan ke pusat pemindahan.

Lebih 1,000 orang di Terengganu dan 664 lagi di Kelantan dipindahkan ke pusat pemindahan.

Sehingga kini paras air di beberapa sungai utama di Terengganu juga masih berada pada paras bahaya.

Penduduk di Kampung Pemberian dekat Kuala Krai pula terputus hubungan apabila jambatan yang menghubungkan kampung itu dengan Kampung Manjor yang merentasi Sungai Galas turut ditenggelami air kira-kira lima meter.

Di KUALA TERENGGANU, mangsa banjir meningkat kepada 5,641 berbanding 4,627 orang petang tadi, kata Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu kepada Bernama.

Beliau berkata jumlah mangsa yang paling ramai dipindahkan ialah Read More »

Kerajaan Kelantan menggesa pemimpin Umno sekarang mengambil teladan dari sikap bekas Senator Kelantan, Datuk Hassan Harun, iaitu antara individu Umno yang awal memperjuang tuntutan royalti negeri itu bermula tahun 1989.

Exconya, Datuk Husam Musa seperti yang ditulis dalam blog beliau memberitahu, sikap Tuan Hasan yang perihatin terhadap rezeki rakyat negeri sendiri wajar dicontohi pemimpin Umno lain.

Hassan sewaktu menjadi senator, pernah membangkitkan isu royalti Kelantan pada persidangan Dewan Negara.

“Senator Hassan Harun, atau lebih mesra dengan panggilan Abe Hase, telah mendahului saya dalam keprihatinannya terhadap hak dan masa depan rakyat dan bumi Kelantan.

“Abe Hase (Hassan) teladan untuk pemimpin UMNO Kelantan masa kini. Read More »

Mayat Teoh Beng Hock digali semula hari ini dalam satu upacara yang diadakan di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih, Selangor.

Selepas upacara itu dijalankan, pekerja berhati-hati menggali kubur Teoh selama kira-kira sejam sebelum keranda dibawa naik pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Keranda tersebut kemudiannya dibawa keluar dari tanah perkubuhan itu pada kira-kira jam 11.15 pagi selepas selesai upacara sembahyang dan proses disinfeksi.dilakukan.

Kesemua itu dilakukan di sebalik kain pengadang besar di sekeliling kubur Teoh.

Sebelum itu, polis menutup kawasan sekitar 30 meter dari situ dengan memasang pita kuning.

Hanya segelintir sahaja yang dibenar menyaksikan keranda Teoh Read More »

IPOH, : 10 pihak termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang disaman RM105 sebagai gantirugi berikutan kematian tiga kanak-kanak selepas mereka jatuh dan hanyut berikutan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.

Selain kedua-duanya, turut disaman adalah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, gurubesar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Read More »

Satu hal sebagai bahan renungan Kita…
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu… mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun…harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka….
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu…
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun Read More »