Monthly Archives: October 2009

Badrul didakwa bermasalah sejak Mac 2008

KLANG, 30 Okt: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan ‘perwatakan’ sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas.

Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah.

“Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sen Read More »

KEAJAIBAN MAHA PENCIPTA …
Seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, Gua Musang, Mustapha Zakaria menunjukkan ikan toman bunga peliharaannya yang tertera kalimah Allah pada badan ikan itu. Mustapa memelihara ikan itu lebih setahun lalu apabila rakannya memberi ikan tersebut yang dipancing di Sungai Kampung Rasa, Pasir Puteh. Kalimah Allah itu kelihatan lebih jelas menjelang malam ekoran badan ikan yang lebih bercahaya. -Foto BERNAMA

SEORANG peneroka di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, Gua Musang, Mustapha Zakaria, 53, tidak sangka ikan toman bunga yang dipelihara lebih Read More »

Kenyataan Media Siva : Siapa yang berbohong ?

 

Gambar yang ditunjukkan oleh Sivakumar membuktikan bahawa benar beliau dikasari dan dicekik oleh polis.

 

IPOH, 29 Okt :-Saya memanggil sidang media selepas penafian Ketua Polis Perak dalam akhbar Sinar menafikan polis bertindak kasar dan saya berbohong. Demikian kenyataan media oleh Speaker Dun Perak, V.Sivakumar dalam sidang media Read More »

SPRM tubuhkan pasukan khas siasat agensi dan jabatan kerajaan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan satu pasukan penyiasat khusus bagi menyiasat beberapa jabatan dan agensi kerajaan berdasarkan kepada laporan audit oleh Ketua Audit Negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat ke atas agensi dan jabatan berkenaan selepas SPRM mengesan beberapa elemen rasuah dalam laporan tersebut.

Beliau berkata identiti kesemua pihak terlibat sudah Read More »

Harga minimum rokok 1 Januari 09 RM 6.20????

Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang peningkatan golongan perokok terutamanya remaja.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan tersebut turut dipersetujui pejabat Peguam Negara dan telah diwartakan untuk dilaksanakan awal tahun depan.

“Kerajaan perlu menetapkan harga minimum rokok bagi menyukarkan perokok terutamanya remaja daripada mendapatkan bahan itu. Selain itu ia juga bertujuan mengawal lambakan rokok-rokok murah yang mungkin memasuki negara ini selepas Kawasan Read More »

Nizar: Selamatkan Perak, bubar DUN

Lapan bulan selepas digulingkan sebagai menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih bergantung harap agar pilihan raya baru diadakan secepat mungkin bagi mengakhiri krisis politik yang melanda negeri itu sekarang.

Katanya, amat penting bagi para pengundi dibenarkan membuat pilihan mereka melalui peti undi kerana krisis yang berlarutan itu telah mencetuskan kemelut ekonomi dan perlembagaan.

Bulan depan, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan terhadap saman Nizar bagi mendapatkan pengisytiharan sama ada beliau atau Datuk Zambry Abd Kadir menteri besar Read More »

To read more CLICK HERE

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.39am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker Read More »

MB Selangor sokong bedah siasat semula Teoh Beng Hock

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong penuh permintaan keluarga Teoh Beng Hock agar bedah siasat dilakukan semula ke atas mayat simati dengan penyeliaan pakar patologi antarabangsa, Dr Pornthip Rojanasunand.

Beliau yakin, ia akan membongkar rahsia di sebalik kematian Teoh Beng Hock.

Berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian cemerlang dalam bidang autopsi, Khalid berkata bedah siasat baru di bawah seliaan Dr Pornthip adalah langkah yang sewajarnya diambil.

“Saya rasa ini perlu kerana dia memberikan ketelusan kepada usaha yang dibuat sebab Dr Pornthip yang telah membuat andaian 80 peratus Teoh Beng Hock ialah diseksa dan menyebabkan terjadinya kematian Teoh Beng Hock.

“Kemudian dia juga telah mengatakan beberapa retak tulang itu adalah bukan sebab dia jatuh tetapi oleh sebab ada perkara-perkara yang lain,” kata Tan Sri Abdul Khalid (gambar bawah).

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mahu bedah Read More »


Selesai melalui prosedur perlembagaan – Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata isu yang sedang melanda parti itu sekarang akan diselesaikan melalui cara yang termaktub dalam perlembagaan parti itu dan bukannya melalui saluran media.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di semua peringkat bersabar dan bertenang berdepan persoalan dalaman yang sedang melanda PAS.

“Saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

“Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang Read More »

PAS Perak desak Polis, SUK jangan campurtangan

IPOH, 26 Okt: PAS Perak semalam membuat beberapa desakan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak 28 Oktober ini.

Dalam satu sidang media di pejabat PAS di Ipoh semalam, mereka antara lain mendesak sidang DUN Rabu ini tidak dicemari campurtangan pihak polis seperti yang berlaku pada persidangan DUN 3 Mac dan 7 Mei sebelum ini.

Mereka mendakwa berlaku kekasaran dari Read More »