Monthly Archives: August 2009

Minyak petrol RON95 ganti RON92, RM1.80 seliter, RON97 RM2.05 seliter jer.

KUALA LUMPUR: Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok, kerajaan mengumumkan hari ini sempena sambutan hari MERDEKA……………..

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Read More »

Memey dan Norman keluar dari mahkamah sejurus prosiding ditangguhkan.

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan kes khalwat pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza meminda pertuduhan terhadap kedua-dua mereka dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Pegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi memohon pindaan tersebut dibuat terhadap masa kejadian iaitu dari Read More »

Saksi SPRM: Teoh minta air pukul 4.45 pagi

SHAH ALAM: Prosiding inkues kes kematian Teoh Beng Hock pagi ini dimaklumkan bahawa mendiang masih berada di ruang tamu siasatan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sehingga pukul 4.45 pagi hari dia ditemui mati.

Perkara ini dimaklumkan oleh saksi yang ke-19, Penolong Penguasa SPRM Mohd. Ashraf Mohd. Yunus semasa memberi keterangan hari ini.

Jelas Mohd. Ashraf, beliau nampak Teoh baring di sofa kira-kira pukul 4.45 pagi hari kejadian.

Menurut Ashraf, mendiang juga ada meminta air daripadanya semasa beliau hendak keluar pejabat.

Beliau menambah, ketika itu Ashraf kelihatan hanya baring di sofa, bukannya tidur.

Ashraf: Mendiang dilihat baring di atas sofa pejabat SPRM Selangor

SHAH ALAM: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mendengar sebarang pergaduhan atau bunyi bising di pejabat suruhanjaya berkenaan sekitar pukul 2 hingga 2.30 pagi pada 16 Julai lalu.

Perkara tersebut dinyatakan saksi ke-18 inkues kematian pembantu politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock, Mohd Najeib Ahmad Walad.

Mohd Najeib yang merupakan Penolong Penguasa SPRM Selangor berkata, suasana di pejabat SPRM pada awal pagi berkenaan adalah dalam keadaan tenang dengan beberapa orang pegawai masih menjalankan tugas masing-masing.

“Pada masa itu keadaan di pejabat SPRM Read More »

Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zambry

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Dato’ Seri Nizar Jamaluddin yakin Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi insiden 7 Mei lalu akibat tindakan BN yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.

Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker ‘haram’ yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.

Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata Read More »

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Walaupun selepas memecat Timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sepatutnya boleh tidur lena malam tadi, tetapi belum tentu beliau dapat menikmatinya.

Ketika Ong mempengerusikan mesyuarat memecat Chua di ibu pejabat MCA malam semalam, pada sebelah paginya satu laporan polis dibuat ke atas beliau oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.

Tidak cukup dengan itu, dalam pemberontakan terbuka terhadap beliau, pada sebelah petangnya, enam MCA bahagian di Perak iaitu bahagian Bagan Datoh, Kampar, Tambun, Batu Gajah, Ipoh Timor dan Ipoh Barat menuntut Ong digantung Read More »

Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, arah bayar gantirugi
KUANTAN, 26 Ogos: Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi mengesahkan tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang.

Untuk itu, polis diminta membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerananya.

Kes ini diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.

Dr Hatta, Bendahari PAS Pusat dan dua lagi telah menyaman polis dan kerajaan kerana menangkap beliau serta dua lagi kerana mengadakan ceramah di Rompin, Pahang pada 10 Jun 2005 lalu.

Beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut jam 3 petang ini bagi menjelaskan lagi kes ini.

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22260&Itemid=1

Riya’ perbuatan syirik

Hadith : Rasullah s.a.w bersabda: ” Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: ” Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: ” (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah….”

Abu Hurairah r.a

Huraian:

Rasullah s.a.w bersabda: ” Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: ” Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: ” (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah….” Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

“Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada pilihan raya itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Pas beliau berkata isu melibatkan calon yang dieksploitasi pembangkang juga menjadi faktor kepada kekalahan BN.

Selain itu, Muhyiddin berkata Permatang Pasir yang Read More »