Ramai Mengesyaki Penyelewengan Dalam Kerajaan UMNO BN Yang Lepas
Sebanyak 98% responden ujian SMS Edisi 7 berpendapat mungkin wujudnya penyelewengan di dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan Terengganu.Kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dekat sini, yang runtuh pagi ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat malah amat memalukan Duli Yang Dipertuan Agong yang namanya digunakan pada stadium berkenaan sekaligus memalukan negara.
Buletinonline melaporkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong ketika dihubungi terkejut mendengar kejadian malang yang menimpa binaan yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu itu.
Beliau berkata Stadium tersebut yang tersergam indah, menjadi pesona kepada sesiapa yang melihatnya, malah ia jelas dapat dilihat oleh mereka yang datang melalui udara kerana berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

“Malangnya baru hanya setahun ia telah runtuh,” katanya spontan.
“Kita minta kerajaan dan pihak berkenaan mengadakan satu ‘inquiry, thoroughly, semua pihak yang terlibat mesti dipanggil dan disoal siasat, bagi mencari punca sebenar dan terperinci, apakah masalah yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku,”
“laporan mesti di bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya ketika dihubungi Buletinonline.
Stadium yang dianggap ‘tercanggih’ di Pantai Timur itu dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dengan upacara gilang gemilang menandakan ‘impian menjadi’ kenyataan sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.
http://greenboc.blogspot.com
Zoom bumbung yang runtuh






Gambar diperolehi dari http://nmjnh.wordpress.com
STADIUM SULTAN MIZAN Info:
Sumber: Internet
Client/Owner
Terengganu State Government
Architecture Firm
Senibahri Arkitek
Principal Architect
Ar. Raja Kamarul Bahrin Shah
Project Architect
Badrul Hisham
Main Contractor
Main stadium: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV;
Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd
Mechanical & Electrical Engineers
Main stadium: Public Works Department, Terengganu (Mechanical & Electrical Division);
Indoor stadium: Samudra Consult
Civil & Structural Engineers
Main stadium: AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd
TERKINI
Menurut Sumber Risikan CIA Stadium tersebut telah sengaja diruntuhkan oleh raksasa yang tidak berpuas hati dengan Ultromen kerana Ultromen telah mengadakan perhimpunan haram tanpa permit….. Yang paling membuatkan raksasa tersebut marah dan bengang adalah disebabkan oleh semua Ultromen tersebut telah memakai kostum pakaian dan warna pakaian yang sama .
Berikut adalah gambar yang telah dirakamkan semasa perhimpunan haram diadakan….

Oleh kerana ke engganan para Ultromen bersurai maka raksasa telah mengambil tindakan yang bagi pihak beliau adalah betul mengikut perlembagaan yang telah digubal… Xperlu g bersidang …. hentam dulu bicara kemudian…

Tindakan ini perlu dilakukan untuk meyuraikan perhimpunan haram tersebut.. Gambar ini telah dirakamkan semasa kejadian tersebut sedang berlaku.
Berikut adalah gambar selepas raksasa berjaya menyuraikan perhimpunan haram ..




Oleh itu disini Shin Chan ingin menasihatkan anda semua agar jangan sesekali membuat perhimpunan haram dan berpakaian sama calour xkira warna merah ke, putih ke or hitam……. INGAT……. mahu ke 






