Monthly Archives: June 2009

‘Bini puaka’ seret 2 siswa ke mahkamah

Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan “C4″, “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak.

Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi Read More »

Sebenarnya, kerajaan sudah boleh membuat keputusan sama ada mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atau tidak tanpa perlu merujuk kepada rakyat kita.

Mungkin tiada suatu peraturan pun atau prosedur yang menetapkan bahawa sesebuah negara itu perlukan sokongan majoriti rakyat untuk menerima seseorang kembali menjadi warganegara di negara berkenaan.

Ringkasnya, penguasa boleh saja menyatakan tidak ke atas pulangnya Chin Peng dan kita tidak perlu lagi berbalah mengenai hal tersebut.

Tapi, memang sengaja hal komunis ini dikembangkan sebagai Read More »

Ceramah ‘Manik Urai’ di Selangor, 7 Julai depan
Satu ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Manik Urai yang akan membariskan tokoh-tokoh pemimpin terkenal termasuk calon, akan diadakan pada Selasa, 7 Julai depan.

Ceramah tersebut akan diadakan di Kompleks Muhibbah Taman Bolton, berdekatan Batu Caves dekat sini bermula jam 9.00 malam.

Pemimpin-pemimpin yang tidak asing lagi yang bakal Read More »

IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta tidak menganggap dirinya sebagai seorang yang hebat apabila mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat berhubung kemelut politik melibatkan Pas dan Umno.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Nik Aziz yang dianggap sebagai seorang ‘tok guru’ itu sepatutnya menggunakan ilmu dan pengetahuannya dalam agama untuk bercakap.

“Beliau jangan anggap dirinya hebat sangat, kadangkala kita rasa diri hebat sangat, kita tidak rasa orang lain lagi hebat.

“Beliau sepatutnya lebih bercakap dengan ilmunya daripada ikut emosi beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Dermasiswa Yayasan Perak di sini hari ini.

Zambry berkata debat terbuka bukan satu platform yang menguntungkan sebaliknya ia akan membawa kepada kesan panjang Read More »

Anak Michael Jackson pilih untuk tinggal dengan nenek
 

Seorang peminat meratapi pemergian Raja Pop Michael Jackson di Tokyo, Sabtu lalu (27 Jun 2009).- foto AP

TIGA anak Raja Pop, Michael Jackson enggan Read More »

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya panel lima hakim akan mendengar rayuan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan pengisytiharaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.

Mahkamah memaklumkan Nizar keputusan itu kelmarin.

Mengumumkan perkara itu semalam, peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak Read More »

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) – Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

“Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.

“Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,”jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar Read More »

Pemangku Sultan: Beri ruang Manohara-Tengku selesai krisis



Pemangku Raja Kelantan berharap krisis rumahtangga adindanya dengan Manohara Odelia Pinot dapat diselesaikan melalui proses undang-undang dengan adil-adilnya.

“Saya berharap juga mereka berdua diberi ruang secukupnya untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri,” kata Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad hari ini.

Menurut Bernama, kenyataannya dibuat mengikut titah perintah Tengku Muhammad Faris Petra, yang juga Tengku Mahkota
Kelantan, yang dilantik pemangku ayahandanya yang sedang gering.

Istana Kelantan juga mengulangi penegasannya bahawa isu antara Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dan Manohara sebagai “isu peribadi mereka berdua”.

Abdul Halim turut dipetik berkata isu itu juga tidak sesekali berkaitan
dengan Read More »

What Will Happen To Michael Jackson’s Children?

The death of Michael Jackson at the age of 50 has raised many questions about his health, finances, and legacy. But at the top of many people’s list of questions is the fate of his three children: How are they coping, and who will get custody of them?

Debbie Rowe, a nurse who Jackson married in 1996 and divorced in 1999, is the mother of Prince Michael, 12, and Paris, 11; Prince Michael II (also known as Blanket), 7, was reportedly born to a surrogate mother, whose name has never been released.

A former Jackson attorney and family friend, Brian Oxman, told Radaronline Thursday that Katherine Jackson, Michael’s mother, is the likeliest candidate to initially look after the children:

“Probably Mrs. Jackson will take care of them, she loves them dearly,” Oxman said…. [The children] are currently still in L.A. and with a nanny.”

Oxman later told “The Early Show“:

“I suspect that the death of Michael Jackson is only the beginning of the legal battles over not only his property, but also his children.”

Debbie Rowe could also make a play for Prince Michael and Paris. It is Read More »