Selangor dedah info rahsia pertama

Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek – dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini – yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan lebih 700 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.

Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang Read More »

Belum Lagi bercerai, Manohara Sudah Dirisik Ramai Lelaki

MESKIPUN belum rasmi bercerai, jelitawan yang kini sudah sampai ke peringkat status selebriti, Manohara Odelia Pinot sudah dirisik oleh Read More »

Perbuatan mengubah pembayaran royalti minyak kepada wang ehsan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada negeri Terengganu dan Kelantan adalah satu pengkhianatan yang jahat.

Penasihat Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam.

“Sepertimana apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib di Parlimen dua hari lepas, dia (Najib) kata, kita dah buat keputusan supaya hasil minyak yang dapat di perairan Kelantan itu di beri kepada rakyat Kelantan, tetapi cara dia Read More »

GEORGETOWN, 9 Nov: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar tidak tertipu perwatakan baik yang cuba dilakonkan kerajaan Umno BN.

Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam, Anwar menasihatkan rakyat untuk melihat secara menyeluruh apakah benar Umno sedang berubah sedangkan tindakan mereka tidak menunjukkan kebenaran itu.

“Apakah usaha memberi wang ehsan kepada Kerajaan Kelantan membuktikan BN telah berubah untuk menjadi kerajaan yang berhemah dan kembali kepada ketuanan rakyat.

Tidak sama sekali kerana sepatutnya bukan wang ehsan tetapi Read More »

Manohara tewas disaman Tengku

Gagal mengemukakan pembelaan terhadap saman suaminya Tengku Temenggong Kelantan, bekas model muda Manohara Odelia Pinot diarahkan membayar tuntutan kepada putera Sultan Kelantan itu.

Jumlah ganti rugi itu – yang dituntut Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra sebanyak RM105 juta – bagaimanapun akan Read More »

Rozita Che Wan ketika sidang media Anugerah Skrin 2009, Selasa lalu.

RAMAI wanita yang mengidamkan untuk mempunyai bentuk badan montok dan seksi seperti pelakon dan model Rozita Che Wan.

Bukan mudah untuk berbadan cantik dan ramping sepertinya lebih-lebih lagi dia merupakan seorang ibu tunggal kepada Read More »

Wang ehsan: Kelantan cadang perjanjian carigali dibatal!

KOTA BHARU, 5 Nov: Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.

Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA).

�Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara,� ujarnya selepas Read More »

Pusat didesak bayar royalti kepada Kelantan

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Atas Semangat persekutuan, kerajaan pusat didesak supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain.

Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata demikian di Dewan Rakyat petang semalam.

Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.

Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu.

Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.

Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini. _ Harakahdaily

Ahli parlimen BN di luar mahkamah

Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas pegawai menteri besar Selangor, Yahya Shaari kelihatan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum pendakwaan dijalankan.

Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, juga berada di sana. Beliau tiba kira-kira pukul 8.30 pagi, setengah jam selepas Abd Rahman.

Yahya, bekas pegawai Tan Sri Abdul Khalid Read More »

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, adalah di antara lima orang yang akan didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa atas dakwaan rasuah dan percubaan menipu.

Ketiga-tiga mereka iaitu Anggota Parlimen itu bersama pembantunya serta seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor bersama dua lagi, iaitu seorang pembantu khas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari DAP dan seorang pengarah syarikat Read More »